Jumaat, 29 Julai 2016

Taman Dalam Air?

Percaya atau tidak ada satu taman di mana ia berada di dalam air. Airnya jernih dan boleh lihat dengan jelas. Adakah taman ini taman terbiar? Oh tidak, sebenarnya taman ini memang taman yang masih elok dan orang masih datang ke taman ini. Tetapi kenapa taman ini berada dalam air?





Tasik Hijau (Grüner See/Green Lake) ialah tasik yang terletak di Styria, Austria di kampung bernama Tragoess (Tragöß). Tasik ini dikelilingi dengan Gunung Hochschwab dan hutan. 

Gunung Hochschwab



Nama “Tasik Hijau” diisytiharkan kerana warna airnya seperti hijau zamrud. Air yang bersih dan jernih ini datang daripada air salji daripada kars gunung dan suhu pada 6–7 °C (43–45 °F). 




Semasa musim sejuk, tasik hanya sedalam 1–2 m (3–7 ft) dan sekelilingnya ialah taman. Pada musim bunya, apabila suhu mula meningkat dan salji mula cair, Tasik seperti basin diisi air. Tasik sudah apai sedalam 12 m (39 ft) pada pertengahan bulan May hingga Jun. Pada bulan Julai, air mula surut kerana sudah masuk musim panas.











Tasik ini disokong dengan pelbagai jenis fauna seperti siput, kutu air (Daphnia pulex), ketam-ketam kecil, dan pelbagai jenis ikan trout (Contoh: Salmon). Flora tidak lah banyak mana kerana banyak batu - bata di dasar tasik.




Tasik ini popolar untuk penyelam untuk melihat keindahan dan kecantikan rumput – rumput hijau dan taman dalam tasik seperti jambatan, bangku dan pokok. Tetapi tasik ini telah dikuatkuasakan bahawa penggunaan tasik ini dilarang sejak 1 Januari 2016. Hal kerana telah berlaku kerosakan persekitaran yang sensitif, terutama sekali untuk para penyelam kerana warna hijau zamrud air kebarangkalian akan tercemar.











Gambar - gambar penyelam ini adalah pada tahun 2013 sebelum Tasik Hijau ini dikuatkuasakan. Pada tahun 2015 di mana tasik ini penuh dengan para penyelam dan telah mengakibatkan flora dan fauna hampir terjejas.


 Rujukan:
DiveMagazine

Wikipedia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...