Jumaat, 6 Mei 2016

5 Perkara Yang Anda Tak Tahu Pasal Jam Pasir

Bila sebut pasal jam pasir, mesti semua orang dah dapat bayangkan butiran pasir halus dalam bingkai kaca yang melengkung di tengah. Zaman dahulu kala, jam ini dianggap paling efisien dan produktif sebab boleh diguna berulang kali dan jarang terpengaruh dengan suhu sekeliling.



KK rasa korang mesti nak tau apa yang korang tak tau pasal jam pasir ni kan? Jadi KK dah susun siap-siap dalam bentuk point, maybe menarik untuk korang :3


1. Jam pasir dicipta terlebih dahulu sebelum jam air (juga dikenali sebagai jam mekanikal) mengikut penemuan di Yunani dan Rom. Ini dikira agak kelakar kerana jam air lebih kompleks fungsinya dan memerlukan pengetahuan kejuruteraan yang hebat tapi masih gagal melawan jam pasir atas faktor air yang mudah beku bila cuaca dingin. 

2. Jam pasir sangat popular di dalam kalangan pelayar untuk mengetahui berapa lama mereka telah berada di laut. Kebanyakan catatan pelayar sering menggunakan jam pasir dalam buku log (diari pelayaran) untuk menentukan bilangan hari mereka telah berada di lautan (Mungkin risau bini mengamuk kut balik lambat :3 ).  

3. Ahli politik di Rom & Yunani menggunakan jam pasir untuk menentukan jangka masa ucapan mereka. Maklumat ini diperolehi melalui catatan ahli falsafah zaman mereka yang sering menceritakan tempoh seseorang ahli politik berbahas dengan penggunaan frasa jam pasir sebagai pengganti masa.

4. Tak semua jam pasir menggunakan pasir, sebahagian besar menggunakan bahan lain untuk menambahkan ketepatan masa seperti kulit telur ayam, pasir jubin dan serbuk tembaga. Ini kerana penggunaan pasir tidak selalunya tepat, tetapi jisim kandungan dalam juga penting.

5. Jam pasir tidak pernah ditelan zaman. Anda pasti pernah dengar pasal jam matahari, jam lilin, jam air, jam astronomi, jam mekanikal sehinggalah ke penggunaan jam analog dan digital yang kekal popular sehingga sekarang. Jam pasir sering digunakan dalam pertandingan popular seperti catur dan dam. Bahkan, ada sesetengah bangunan kerabat diraja masih menggunakan jam pasir untuk menentukan masa.



KK harap korang dapat informasi menarik setakat ni walaupun takder apa yang spesel sangat pasal jam ni. Manalah tahu suatu hari nanti ilmu ni bermanfaat buat korang :P

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...