Ahad, 15 Mei 2016

Binatang - Binatang Gergasi

Percaya atau tidak ada beberapa binatang gergasi yang tercatat dalam rekod dunia. Kita hanya tahu binatang apa yang paling besar di dunia. Kali ini, ada beberapa binatang yang lebih besar daripada saiz sebenar. Binatang kecil sebesar tapak tangan, binatang besar sebesar 5 orang. 



Mereka namakan lembu ini Trigger. Setinggi 14 kaki dan seberat 1 tan (907 kg)

Lipan Amazon sepanjang 30 cm.

Gergasi Ikan Duyung, tapi dalam bahasa Inggeris ia panggil Oarfish. Bukan Mermaid ya, jangan salah sangka.



Ketam Labah - Labah Jepun seberat 18 kg. Kalau terkena kuku ketam ini, memang cedera parah.

Tapak Sulaiman Macroptychaster dijumpai oleh ahli saintis di Perairan Antartika

Ikan Keli Mekong seberat 300 kg (ada yang lebih berat lagi).



Obor - obor Nomura dijumpai di Jepun dan seberat 200 kg.

Tikus Gergasi, dijumpai di Bronx, New York Foot Locker pada 2012. Mereka anggap gambar ini palsu tapi sebenarnya ia gambar betul dan tikus itu memang besar!

Ikan Pari - Pari seberat 589 kg. Ikan ini terlalu bahaya, tengok la ekor tajam dia besar mana.

Katak Goliath, katak - katak besar ini boleh dijumpa di Cameroon (bukan Cameron Highland tau).
Ketam Kelapa (Coconut Crab) nama diberi kerana kukunya cukup kuat untuk mengupas buah kelapa. Tapi ketam ini tidak sesuai untuk dimakan.

Keluang, seekor kelawar yang makan buah - buahan dan kelawar ini paling besar tercatat dalam rekod dunia

Kumbang yang dijumpai di Amerika Selatan. Kumbang ini boleh membesar sepanjang 6.5 inci.

Babi gergasi ini seberat 476 kg.

Kuda Percheron, telah menjadi juara dunia kerana ia lebih besar daripada kuda - kuda yang lain.


George, nama diberi oleh tuannya. Anjing ini paling besar di dunia dan tercatat dalam rekod dunia.

Arnab Flemish sudah cukup besar sebesar anjing sebelah tu.

Buaya Brutus, sepanjang 5.5 meter, boleh dijumpai di Northern Territory. Kawasan itu sudah menjadi tempat pelancongan untuk pelancong melihat buaya besar ini.

Kodok Rotan (Cane Toad) boleh dijumpai di Amerika Selatan dan Tengah. Kodok ini sangat bahaya kerana ia mempunyai toksik yang extrem pada kulitnya.

Ini bukan semut, ini Cengkerik Weta, dijumpai di New Zealand. Sudah besar boleh dah makan lobak merah sendiri.

Siput Gergasi Afrika boleh dijumpai di Afrika Timur dan ia sepanjang 8 inci.

Salamander, dulu orang kata binatang ini adalah naga tetapi ia adalah keturunan cicak. Boleh dijumpai di Tasik di kawasan Cina.

Babi ini pula dijumpai di Cina seberatnya 900 kg.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...