Isnin, 16 Mei 2016

Peltier : Bila Anda Boleh Buat Peti Sejuk Sendiri Dengan Hanya RM20

Ramai rakyat Malaysia sekarang ni yang KK tengok semangat nak buat peti sejuk sendiri. Ada jugak yang siap buat aircon bagai semata-mata sebab tak mampu nak beli yang sedia ada. Tapi, masalahnya, semua yang KK jumpa kena guna ais sebagai ramuan utama. Pendek cerita, takder ais, tak hiduplah mesin tu.


Salah seorang blogger yang buat aircon guna ais


Style di atas memang cukup mudah  (ada lagi mudah sebenarnya) tapi kalau setiap kali nak on kena beli ais, masak jugak la kuar duit beli selalu. Jadi KK try la usha camner nak atasi masalah ni dengan kaji foreigner punya style. Hasilnya, KK telah menjumpai satu device yang sangat rare digunakan oleh orang kampung. Ia adalah peltier.



Peltier

Peltier ni merupakan satu alat di mana kalau korang salurkan tenaga elektrik kat device ni, dia akan hasilkan haba dekat satu bahagian dan satu bahagian lagi akan sejukkan haba. Alat ni banyak diguna pakai dalam peti sejuk mini. Lagi best, korang boleh beli alat ni dekat Lelong dengan harga sekitar RM20 je.





Yang ni yang paling murah dan nampak trusted yang KK jumpa. Baru KK tahu menda macam ni pun wujud. Dulu tak tahu langsung. Okay, jadi macam mana nak cuba benda ni? Senang je.

Ada banyak cara nak pasang peltier ni tapi KK pergi untuk pemahaman basic dulu. Untuk bagi bahagian sejuk peltier berfungsi sepenuhnya, korang kena pastikan haba dekat bahagian panas disalur keluar dari situ. Kebanyakan orang menggunakan heat sink (besi petak yang orang letak atas processor tu). Tujuan heat sink nak bagi haba keluar, bila haba dapat keluar, bahagian yang sejuk dapat berfungsi sepenuhnya.


Contoh heatsink

Cara nak pasang heat sink ni senang je, korang gam sekali macam korang gam processor dengan heat sink. Untuk wayar pulak ada macam-macam cara, ada yang guna CPU punya power supply, ada guna bateri kereta, ada lak guna bateri kering (paling koman) tapi ada satu ni yang cukup simple, guna wayar usb jah.



Wayar USB yang nak guna

Wayar usb ni korang boleh amik mana-mana usb sebab bahagian yang nak guna cuma yang macam dalam gambar jah. Kalau ikut manual instructables, bila korang potong usb tu, akan ada 4 wayar (putih, hijau, merah, hitam). Wayar hitam dengan hijau korang boleh simpan (potong terus) sebab yang nak guna wayar hitam dengan merah je.

Wayar hitam ngan merah tadi korang sambungkan sama warna dengan wayar peltier (ni korang kena ada ilmu wiring sikit). Lepas dah siap pasang, korang cucuk jah kat kotak yang korang nak jadikan peti sejuk. Lepas dah setel boleh la korang cucuk usb tu dan on kan suis. And then Walah! dah boleh guna macam biasa.

Kalau ikut kata dia, dalam 30 saat dah boleh rasa sejuk dah. KK pun nak try gak tapi tunggu duit gaji masuk dulu ( punyalah beralasan nak keluarkan duit :P ). Jangan risau, benda ni takkan meletup, cuma jangan bagi peltier tu panas sangat sebab efek dia akan hilang dan peluang rosak tu tinggi. Kebanyakan yang KK tengok dapat capai tahap sejuk sekitar 10 celcius, tu pun dah kira bagus dah untuk yang sekadar nak sejukkan air.

Macam brader ni guna bekas macam ni, nampak lawa gak

Ada yang malas nak letak kat kotak, dia guna macam ni jer (siap set up adjuster lagi tu)

Kalau nak sejuk tu lagi kaw kaw, korang letak kipas nak bagi bahagian haba tu lagi cepat sejuk
Ada sorang mamat ni, dia punyalah nak maksimumkan kebolehan peltier sampai dua-dua bahagian peltier dia gam dengan heat sink. Lepas tu dia letak kipas (dua side jugak), tak cukup lagi dia seal setiap bahagian dalam peti tu tak nak bagi haba leh masuk. Bila cek, dia kata paling sejuk dia dapat rekod ialah -2.1 celcius. Pergh!!!!

Peltier ni pun boleh guna untuk buat elektrik jugak, korang kena reverse kan je fungsi dia. Kalau nak KK cite camner, pm KK ramai2 :3

KK hampir terlupa, peltier ni cuma guna dalam 90W lebih. Jadi lagi saving kalau nak compare dengan peti biasa yang makan beratus Watt tu :P 

2 ulasan:

  1. Macam mana nak sambungkan wayar peltier sekali wayar kipas tu dengan kabel usb? tolong ajarkan saya

    BalasPadam
  2. SALAM , saya nak tau dengan lebih lanjut.... boleh tak saya nak no wassap encik ?

    BalasPadam

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...