Jumaat, 6 Mei 2016

Dessert Belon Perisa Epal

Dunia kini agak terlebih kreatif dari kebiasaan, semuanya demi meraih perhatian orang ramai. Restoran Alinea yang bertempat di Chicago kini menghidangkan belon sebagai dessert. Ianya telah dicipta oleh Grant Achatz, pemilik dan chef restoran tersebut.

Grant Achatz dan pembantunya

Menurut beliau, belon tersebut diperbuat daripada manisan epal yang kemudiannya diisi dengan gas helium. Menurut laughingsquid, pelanggan perlu menyedut keluar gas tersebut dahulu sebelum boleh menjamah selaput belon. Yang menariknya, tali belon tu pun boleh makan, katanya ia manisan epal yang telah dikeringkan.


Nampak lawa kan?

Aksi makan yang pelik sebenarnya kalau tengok

Bagi yang risau dengan hidangan ni, gas helium sebenarnya tidak merbahaya, ia sekadar buat suara anda sedikit pelik. Dan kalau kena tuah (biasanya kena) anda boleh ada suara stylo gitu nak nyanyi lagu :3

Bawah ni KK tunjuk video yang KK sempat curi dari youtube, hohoho..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...