Walaupun anda tidak pernah menjejakkan kaki ke negara Jepun, anda semestinya pernah mendengar teknologi bullet train di Jepun atau lebih dikenali sebagai Shinkansen.
Shinkansen menjadi mod pengangkutan pilihan rakyat Jepun untuk travel kerana kelajuannya dan faktor masa di mana Shinkansen tidak pernah lewat sampai ke destinasi. Ianya sangat reliable sehinggakan penduduk Jepun tidak perlu menaiki kenderaan sendiri untuk ke tempat kerja.
Shinkansen bukanlah sistem keretapi baru kerana ianya sudah beroperasi sejak October 1964 lagi bagi laluan Tokyo – Osaka . Sistem bullet train ini memulakan servisnya tepat pada masanya kerana pada tahun 1964, Jepun adalah tuan rumah bagi sukan Olimpik. Jadi dengan kepakaran lebih 50 tahun, boleh dikatakan negara Jepun adalah pioneer kepada teknologi bullet train ini.
Tokaido Shinkansen, yang menghubungkan Bandar Tokyo dan Osaka adalah laluan paling sibuk di Jepun. Membawa lebih 151 juta pelanggan setiap tahun laluan ini menggunakan bullet train yang lebih besar berbanding laluan yang lain dengan frekuensi lebih tinggi. Ketika waktu puncak, 15 Shinkansen digunakan dalam setiap laluan dengan selang masa hanya 3 minit bagi setiap bullet train.
Walaupun Shinkansen ini bergerak pada kelajuan 320km/j (lebih laju bergantung kepada laluan), sehingga kini, rekod kemalangan jiwa untuk Shinkansen adalah pada kadar sifar. Maknanya, dari awal penubuhan system bullet train ini, tiada kemalangan direkodkan. Hebat!
Disebabkan faktor-faktor positif ini, Shinkansen mula berkembang pengaruhnya di luar Jepun. Negara pertama yang menggunakan teknologi Shinkansen adalah negara Taiwan; menghubungkan Taipei – Kaohsiung sepanjang 345km dan mengambil masa cuma 90 minit untuk sampai ke destinasi.

Taiwan High Speed Rail adalah mercu tanda kejayaan Shinkansen di luar Jepun. Kenapa kerajaan Taiwan memilih Shinkansen? Sudah semestinya disebabkan ianya laju, reliable dan cara paling convenient untuk menghubungkan utara dan selatan Taiwan. Dikhabarkan banyak negara lain yang berminat dan sedang dalam perbincangan untuk mempunyai sistem seumpama Shinkansen di negara mereka sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan