Kisahnya bermula bila budak kecik berumur 5 tahun, Ethan
Fenton dengan adiknya, Ashton berumur 2 tahun bermain bola sepak di luar rumahnya di Bandar Doncaster.
Tiba – tiba 3 budak besar melintasi
pagar rumah mereka.
Mereka memanggil Ethan dua kali tetapi Ethan dan adiknya
tidak sahut. Kemudian salah seorang dari pembuli itu berkata ”Oi! Kenapa kau
endah aku?” lalu tolak Ethan jatuk ke tanah. Secara tiba – tiba datang seekor kucing belang bernama Smudge lompat dan tolak pembuli itu
hingga jatuh. Pembuli – pembuli itu takut lalu lari sambil teriak takut.
Puan Fenton, Sharon (dari DailyMail) berumur 26 tahun bekerja
sebagai pendandan rambut sementara, telah menyaksikan kejadian yang menakjubkan
itu:
“Saya berada di dalam rumah sedang mengawasi anak – anak saya
yang sedang bermain di luar rumah. Saya telah melihat dengan mata saya datang
budak – budak lelaki berbadan besar dan tua dari Ethan melintasi pagar rumah."
"Budak
– budak itu panggil Ethan dua kali tetapi Ethan endah mereka dengan tunduk
kepala ke bawah dan sambung main bola sepak. Kemudian seorang dari budak besar
cakap “Oi! Kenapa tak layan aku?”
kemudian dia tolak Ethan."
"Saya pun bergegas keluar rumah dengan tiba – tiba saya
terkejut datang kucing belang lompat dan tolak budak besar itu. Budak besar itu
pun takut lalu larikan diri sambil menangis. Budak besar yang lain pun takut
dan larikan diri.”
Keluarga Fenton sebelum ini mepunyai seekor kucing tetapi dengan
patah hatinya telah meninggal dunia hanya dalam 18 bulan sahaja. Mereka
teringin untuk mengambil Smudge itu sebagai salah satu ahli keluarga mereka,
tetapi Smudge telah dibeli orang.
Keluarga di bandar Doncaster pada asalnya telah memilih Smudgeini
sebelum dibeli oleh orang lain. Jadi, Puan Fenton membeli Smudge dari keluarga
itu. Keluarga itu yang telah membela Smudge 3 tahun tidak pernah nampak Smudge
bertindak begitu untuk selamatkan budak. Dia kata keluarganya telah “jatuh cinta
pada pandang pertama” terhadap Smudge.
Puan Fenton berkata “Smudge tidak pernah buat sesuatu
seperti itu sebelum ini tetapi dia sangat bijak untuk menjaga Ethan seperi itu.
Dia telah tidur di luar bilik Ethan sebagai penjaga setelah kejadian itu
berlaku. Saya berasa sangat selamat bila Smudge berada dalam keluarga kami dan
menjaga Ethan. Dia adalah sebahagian keluarga besar kami dan dia seperti adik –
beradik bagi mereka daripada seekor kucing biasa."
Smudge kini telah dicalonkan sebagai anugerah Kucing Kebangsaan Tahunan (National Cat of the Year) yang
ditubuhan oleh kebajikan Pelindungan Kucing (Cats Protection).
Rujukan:
DailyMail
DailyMail
Tiada ulasan:
Catat Ulasan