Selasa, 17 Mei 2016

Pengorbanan Cikgu Cacat

Sempena hari guru ni, KK nak lah kongsi sikit riwayat hidup seorang guru ni. Pada pandangan KK, dia dah terlampau banyak menabur bakti dalam keadaan dia yang cacat tangan. Ya, dialah antara berjuta billion dozen cikgu yang sanggup korbankan diri mereka demi anak didiknya.


Jiang Shengfa (41), seorang guru dari Yunan ini pada asalnya seorang lelaki yang lengkap tubuh badan. Malangnya, satu kemalangan telah berlaku menyebabkan dia kehilangan kedua belah tangannya. KK cuba cari macam mana dia boleh eksiden tapi tak jumpa2.


Dikhabarkan, Jiang hilang semangat setelah kemalangan tersebut sehinggakan hidupnya dipenuhi kemuraman. Tetapi, beliau tidak mengalah. Berkat ilmu yang diperolehinya, Jiang dipelawa mengajar di sebuah sekolah. 



Tanpa tangan, hidupnya dipenuhi kekangan termasuklah untuk membelek muka surat buku. Apatah lagi kalau nak guna smartphone, menangis tak berlagulah jawabnya.


Tapi Juang ni gigih, dia tak nak murid2 dia ketinggalan dalam pelajaran. Jadi dia atasi kelemahan dia yang zahir tu dengan mempercepatkan kerjanya. Hasilnya kini, beliau boleh menulis kaligrafi dengan begitu cantik (tak cakar ayam la).


Pengorbanan Juang tidak terhenti setakat tu je, beliau pernah mendapat tawaran beberapa kali untuk mengajar di sekolah lain yang jauh lebih berkaliber kerana ingin menagih ilmu yang dimilikinya. Tetapi, Juang menolak dengan alasan beliau selesa mengajar di kampung halamannya. Kini, Juang telah berbakti selama lebih 12 tahun dengan mengajar generasi muda.

KK pun nak ucapkan selamat hari guru buat korang yang bergelar guru, tak kiralah guru tadika ke, guru U ke, guru lorong haji taib ke, asalkan korang menyampaikan ilmu. Alang2, KK selitkan sekali lagu hariguru kegemaran KK :3


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...