Selasa, 10 Mei 2016

Raja India Malukan Rolls Royce

Ada banyak cabang cerita dari kisah ni sampaikan KK sendiri pun tak sure mana yang betul (bukan apa, kena baca tulisan india). Tapi KK yakin kisah ni beri pengajaran yang amat berbaloi untuk kita semua. Menurut desinema, kisahnya bermula begini.







Maharaja Jai Singh telah melawat kota London pada tahun 1920. Beliau bersiar-siar di Bond Street sebelum terjumpa dengan showroom Rolls Royce. Beliau bercadang nak usha harga kereta buatan Rolls Royce, jadi beliau masuklah ke show room tu.

Promoter British yang jijik dengan pemakaian Maharaja Jai tu mengambil keputusan untuk layan beliau dengan cara kasar. Bahkan, dikatakan beliau seakan dihalau keluar memandangkan pakaiannya umpama orang India yang miskin. Maharaja Jai yang tengah bengang terus balik ke hotel tempat beliau menginap dan mengarahkan pembantunya untuk telefon show room tadi supaya bersedia dengan kedatangan Maharaja Jai dengan alasan beliau berminat nak beli kereta buatan dorang.

Karpet merah dibentang tatkala Maharaja Jai datang buat kali kedua dengan pakaian kerabatnya. Kebetulan pada masa itu ada 6 buah Rolls Royce, MAharaja Jai beli kesemuanya termasuk membayar kos pengangkutan ke India.




Sebaik saja kesemua kereta tersebut sampai di India, Maharaja Jai arahkan bahagian kebersihan supaya gunakan Rolls Royce ni sebagai kenderaan kutip sampah. Maka, bermulalah saat revenge Maharaja Jai apabila Rolls Royce tadi dimuatkan dengan sampah sarap.

Kisah ini tersebar dengan segera terutama industri kereta, secara tak langsung syarikat Rolls Royce menanggung rasa malu yang amat. Apatah lagi, tiap kali mereka ingin bincangkan pasal kereta terbaik, orang ramai akan mentertawakan mereka sebagai kereta angkut sampah.

Akhirnya, pihak Rolls Royce menghantar telegram kepada Maharaja Jai dengan kata pohon maaf selepas mengetahui punca beliau berbuat begitu. Pihak mereka juga memberikan 6 buah lagi Rolls Royce supaya Maharaja Jai berhenti menjadikan Rolls Royce kenderaan pungut sampah.

Maharaja Jai bersetuju dan berakhirlah kisah pembalasan dendam oleh seorang maharaja terhadap sebuah syarikat kereta hanya kerana kebiadapan penjualnya. Amacam? Best kan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...