Ibu bapa memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Semestinya, kita sebagai anak sangat menyayangi kedua-dua ibubapa kita. Baik buruk mereka tetap mereka jadi ibubapa kita. Kita sebagai anak juga haruslah menghormati dan menyayangi kedua-dua ibubapa kita. Ingat bahawa redha Allah terletak kepada redha kedua-dua ibubapa kita.
Walaubagaimanapun, kita sebagai manusia biasa juga akan melakukan kesilapan yang mungkin tak disedari oleh kita. Kita buat salah kat ibubapa tanpa kita sedar. Sedikit sebanyak perkara itu mampu mengecewakan atau melukai hati ibubapa kita sendiri.
Mungkin dengan perkara-perkara yang KK nyatakan ini pernah dilakukan oleh kita. Malah KK pun pernah buat.
1. Sibuk dengan kegiatan luar sampaikan kita jarang berada di rumah
2. Jarang pulang ke kampung halaman ketika di perantauan
3. Lupa untuk menghubungi ibubapa
- Apabila kita berseronok di luar dan keluar bersama kawan-kawan, kadang-kadang kita lupa nak call ibubapa. Tanya samada sihat ke tak apa ke. Kadang-kadang dengan perbuatan kita macam ni, buatkan ibubapa rasa risau terhadap anaknya. Selalulah call ibubapa kita, tak rugi pun.
4. Sengaja menolak permintaan ibubapa untuk menjemput dan menghantar mereka ke mana-mana tempat diingini
- Sesibuk mana pun kita bekerja, haruslah kita meluangkan masa dan menerima ajakan ibubapa yang meminta kita untuk menolongnya. Ingatlah, masa kecil-kecil dahulu ibubapa selalu menuruti apa kita mahukan.
5. Sibuk bermain handphone sampai tidak melayan apa yang dibualkan oleh ibubapa
- Kadang-kadang bila kita bekerja dan jarang berada di rumah, ibubapa rindu untuk bercakap dengan kita. Jadi kita sepatutnya meluangkan masa, letakkan handphone ke tepi dan berbual dengan ibubapa kita. It will be fun! Kita tak bolehlah mementingkan kawan-kawan daripada ibubapa kita sendiri. Walaupun perbualan kita tu macam takde tujuan atau sekejap je tapi mungkin ada maknanya atau hikmahnya.
6. Keluar rumah tanpa salam dan mencium tangan ibubapa
- Dari kecil, kita diajarkan untuk salam dan mencium tangan ibubapa sebelum keluar rumah atau pergi ke mana-mana. Itu dianggap sebagai hormat dan macam mengambil berkatlah daripada ibubapa kita. Seperti juga apa yang diamalkan masa sekolah rendah atau lepas habis waktu pembelajaran, kita disarankan untuk bersalam dengan pengajar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan