Rabu, 20 Julai 2016

The 33 :: Kisah 33 pelombong yang terperangkap di bawah tanah di Chile

The 33 adalah sebuah filem yang diadaptasikan daripada sebuah kisah benar. Ia adalah suatu kisah di mana 33 pelombong terperangkap selama 69 hari di bawah tanah ketika melakukan kerja melombong di Copiapo, Chile. Bila KK tengok cerita ni, KK pun tertarik untuk tahu lebih lanjut tentang kisah 33, jadi KK merajinkan diri untuk meng Google tentang kisah ini.

Poster filem The 33


Filem The 33 adalah hasil produksi daripada Warner Bros kerjasama dengan Alcon Entertainment dan Phoenix Picture dan ditayangkan pada tahun 2015. Filem ini juga memaparkan kisah 33 pelombong yang terperangkap di bawah tanah ketika mera melombong emas dan tembaga.

Ada apa dengan kisah The 33 ini?

Lombong ini dimiliki oleh Perusahaan Lombong San Esteban di mana lombong ini mempunyai rekod keselamatan yang buruk dan boleh membahayakan keselamatan pelombong.

Selama 69 hari mereka terperangkap. Bayangkan lah, dengan terperangkap kat bawah tanah sepanjang kira kira 2000 kaki dan perasaan terdesak untuk makanan minuman dan udara lagi, mereka terus berusaha untuk meneruskan hidup mereka demi diri dan keluarga mereka tersayang. Dalam filem tu, cara mereka  teruskan hidup adalah dengan membahagikan satu tin tuna kepada 33 orang. Dan sumber air mereka adalah dengan cara recycle semula air yang buangan tu.



Pelbagai cara yang mereka gunakan untuk keluar daripada situ tetapi dengan struktur tanah itu, menyebabkan usaha mereka terbantut dan terpaksa dihentikan.

Hasil daripada perbincangan pihak atasan, pelbagai cara yang dilakukan bagi menyelamatkan pelombong itu. Antaranya adalah dengan cara drilling. Percubaan pertama gagal kerana ia tak mengena sasaran yang sepatutnya. Seterusnya, mereka mencuba lagi akhirnya mereka berjaya. Mereka meletakkan satu nota supaya mereka perasan bahawa mereka masih hidup di bawah tanah.

"Kami selamat di ruang perlindungan. Seramai 33 pelombong"
Usaha diteruskan dengan alat drilling yang lebih canggih bagi menyelamatkan pelombong ini. Pada 12 Oktober 2010, tugas menyelamat di jalankan satu per satu menggunakan kapsul Fenix.

Kesemua 33 pelombong terselamat daripada runtuhan tanah lombong itu.

Bagi KK, ceritanya sangat bagus untuk ditonton :)







1 ulasan:

  1. Harrah's Resort Southern California - MapYRO
    777 광주 출장안마 Harrah's Rincon Way 92082. Valley Center, CA 92082. Directions · (760) 544-5000. Call 동두천 출장샵 Now · More Info. Hours, 부산광역 출장샵 Accepts Credit Cards, 경산 출장마사지 Wi-Fi, PokéStop, 제이티엠허브출장안마 PokéStop

    BalasPadam

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...