Sabtu, 6 Ogos 2016

Keadaan Yang Menyeramkan Apabila Bersendirian di Rumah

Apa yang korang akan fikirkan bila korang duk sorang sorang kat rumah? Bila duk sorang sorang kat rumah, kita akan jadi lebih peka kepada hal sekeliling. Walhal bunyi jatuh pen pun kita akan berpaling nak cari mana bunyi tu dan ada sesetengah buat derk je.

Dari situ, dalam kepala kita ni, banyak jenis bayang yang datang. Mende tu lah ini lah, hal tulah inilah. Kan? Korang pernah alami kan. Tak kira hal yang positif atau negatif. Bergantung kepada diri sendiri kita nak atasi macam mana masalah ni. KK pun pernah alaminya. Hehehe :p

KK nak kongsikan keadaan yang menyeramkan apabila kita bersendirian di rumah.




1. Keadaan ketika lampu tetiba mati atau tertutup.
Waktu ni mesti korang akan terbayangkan sama ada mentol lampu rosak ataupun 'ada' yang matikan lampu tu. Uishh kebetulan atau ada benda lain?

2. Keadaan bila kita lepas tengok cerita seram.
Mungkin masa korang tengah menonton cerita seram ni, korang akan rasa okay je relax je. Aku lah yang paling cool dan berani. Tapi bila korang bersendirian, korang akan jadi terbayangkan part scene yang seram seram tu. Contohnya, masa korang duk dalam gelap ke tiba-tiba ada orang sentuh lembut ke kat belakang. Haaaa

3. Keadaan di mana haiwan peliharaan tengok kepada satu tempat.
Biasanya orang kata, haiwan kan boleh tengok 'benda' tu. Jadi, mesti bila korang terpandang haiwan peliharaan buat cam gitu, korang nak buat reaksi macam mana. Lari atau buat derk je atau ajak haiwan peliharaan tu buat mende lain?

4. Keadaan ketika cara atau posisi masa tidur.
Itu yang KK maksudkan dari segi perasaan nya. KK pun pernah rasa macam ni. Tapi, kalau dah ngantuk tahap dewa tu, tidur jugak kan.

5. Keadaan bila suasana gelap dan pintu terbuka sedikit.
Perasaan terbayang-bayang tu datang bila korang terpandang pintu yang terbuka sikit tambah dengan gelap lagi. Terbayang apa yang akan keluar lah apa lah. Ada juga perasaan yang " aku ke yang buka pintu tu atau memang pintu tu dah terbuka sikit macam tu? "

6. Keadaan bila kita tengah berselimut.
Bila tidur sorang sorang, menda ni banyak berlaku. Bila tengah berselimut, tetiba tak tersengaja kaki macam terkeluar sikit daripada selimut tu. Of course! Korang akan rasa nak masukkan balik kaki tu dalam selimut. Haaa kan? Nak berhati-hati atau dah memang tabiat?

7. Keadaan bila ada barang terjatuh atas lantai.
Tambah tambah lagi bila dalam keadaan gelap. Contohnya, pen jatuh atas lantai. Korang dari atas katil nak ambil pun kadang kadang kena banyak kali fikir. Nak ambik sekarang ke nak ambik esok ke, ada tu siap angkat ambik laju-laju. Hahahaha

Sumber: pulpn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...