Memang best bila kita makan makanan yang pedas terutama bagi orang yang suka makan pedas. Kalau boleh setiap makanan tu mesti ada rasa pedas baru best nak di makan.
Tapi, dalam rasa sedap pedas tu, tetap kita fikir macam mana nak hilangkan pedas dengan cepat. Badan pun rasa tak sedap je bila makan makanan yang terlalu pedas.
Mari baca dan ketahui cara-cara untuk menghilangkan rasa pedas selain daripada minum air putih je :)
1. Minum minuman yang bersusu atau makan makanan yang mengandungi susu.
Ia mampu mengurangkan rasa kepedasan yang korang rasa. Ini kerana susu mengandungi kasein yang mampu menutralkan rasa pedas dalam mulut kita.
2. Makan yogurt lepas memakan makanan yang pedas.
Yogurt ni sama macam susu kerana ia dapat menutralkan rasa pedas. Selain itu, ia dapat meredakan rasa pedas kepada rasa yang lebih nyaman dan sejuk.
3. Makan biskut atau roti.
Ini kerana roti mampu untuk menyerap rasa pedas. Lada mengandungi minyak bila kita makannya dan masuk ke dalam badan. Jadi, roti mampu menyerap rasa pedas minyak tu dan mengurangkan rasa pedas yang kita rasa.
4. Makan nasi.
Bukan dalam kuantiti yang banyak, tapi dalam kuantiti yang cukup dan memadai lah ya. Nasi sama macam roti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan