Isnin, 18 April 2016

Gempa di Kumamoto, Jepun


Negara Jepun dilanda malang sekali lagi apabila salah satu tempat bernama Kumamoto menjadi mangsa gempa bumi dengan skala magnitude 7.0. Menurut maklumat weather, lebih kurang 41 orang mati dan 11 orang masih hilang. Menurutnya lagi, lebih kurang 1,500 cedera dan 180,000 orang kehilangan tempat tinggal.







Laporan dari media tempatan mengatakan lebih 200,000 terputus bekalan kuasa dan 400,000 terputus sambungan air. Yoshiaki Tanaka (62 tahun), antara mangsa yang terselamat mengatakan agak mustahil untuk mereka ke sana kembali dalam keadaan sebegini.




















Gempa bumi ini turut melibatkan tanah runtuh dalam sekala yang besar di mana angka kematian meningkat dari semasa ke semasa.  





Istana Kumamoto juga turut menjadi mangsa dalam gempa bumi, tetapi seperti yang diketahui umum, agak mustahil untuk sebuah istana roboh disebabkan gempa bumi.




















Pasukan baik pulih, tentera, polis dan kakitangan perawat bertungkus lumus cuba membantu mangsa nahas gempa bumi. Dari gambar, pasukan tentera dilihat membawa bantuan makanan @ ration manakala pasukan baik pulih membantu dalam proses kemas kini. Pihak polis pula bertindak sebagai penyelamat kepada mangsa-mangsa nahas yang masih belum dapat diselematkan. Begitu juga dengan unit rawatan yang merawat pesakit.

Gambar-gambar di bawah menunjukkan keadaan mangsa  di tempat perlindungan dan keadaan kawasan perumahan yang rosak teruk kesan dari gempa bumi. KK tak pasti samada gempa bumi ni paling teruk atau tak berbanding yang sebelum ni sebab tiada maklumat yang sahih, tapi apa yang pasti keadaan ni boleh jadi lebih teruk memandangkan kekerapa gempa kecil berlaku sangat tinggi, 40kali seminggu.























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...