Rabu, 27 April 2016

Mayat Mereput Tiga Tahun Dalam Flat

Pada awal tahun 2006, seorang wanita British didapati telah mati lebih kurang 3 tahun di dalam rumah flatnya tanpa disedari sesiapa. Mangsa, Joyce Carol Vincent dijumpai mati dalam keadaan menonton televisyen dengan skrin TV yang masih bersiaran di depannya.

3 tahun jadi mummia



Punca insiden ini berlaku dikatakan berpunca dari sikap Joyce yang mula memutuskan perhubungan dengan keluarga dan rakan-rakannya yang lain, dipercayai kerana malu akibat dikongkong oleh pasangannya. Joyce juga telah berhenti kerja dan berpindah rumah ke tempat perlindungan mangsa cabulan domestik. 

Kematian Joyce hanya disedari apabila tunggakan sewa rumahnya tidak terbayar. Pada mulanya, separuh dari sewa rumah Joyce dibayar oleh satu agensi kebajikan manakala baki sewa rumah yang menjadi tunggakan itu telah memaksa tuan rumah untuk menerjah masuk ke rumah Joyce.


3 tahun tak terusik, berdebu woo


Jiran tetangga sekeliling mengaku yang mereka ada mendengar bunyi bising TV dari rumah Joyce sepanjang masa tetapi mereka sangka itu perkara normal bagi kejiranan yang bising. Mereka juga mendakwa ada bau busuk di sekitar pintu masuk ke rumah flat Joyce tetapi mereka sangkakan itu angkara sampah-sarap. Disebabkan itu, tiada laporan yang dibuat mengenai perkara sebegini.

Pihak polis mendapati kesemua kelengkapan elektrik masih lagi berfungsi dan apabila dilakukan selidikan, kad debit Joyce telah melakukan potongan secara automatik setiap kali bil elektrik sampai. Kematian Joyce tidak dapat dikenal pasti tetapi pakar forensik mengatakan ia mungkin akibat serangan asma atau penyakit ulser.

Korang nak duduk kat kejiranan macam ni? Sampai 3 tahun mati pun baru orang tahu. Tu pun sebab tuan rumah nak tuntut duit rumah sewa. Kalau tak, mungkin takder sapa tahu sampai harini.



Gambar masa belum jadi mummia





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...