Kucing ini bukan sahaja seperti seekor kucing biasa yang hanya berkeliaran berdekatan di rumah, Artful Dodger sudah biasa dengan menaiki pengangkutan awam di stesen bas berhampiran dengan rumahnya.
Kucing yang berusia 15 tahun menunggu di perhentian bas untuk bas tiba dan kemudian mengembara 10 batu perjalanan pergi balik untuk berjiran dengan Charmouth begitu kerap, pemandu bas mula membawa masuk tin makanan kucing semasa bekerja. Mereka tahu di mana hendak berhenti untuk kucing itu turun dari bas.
Di hujung pengembaraannya, kucing itu turun dari bas berhampiran dengan rumahnya dan pulang untuk makan malam.
Pemiliknya, Puan Fee Jeanes, 44 tahun percaya bahawa Dodger mula-mula mengambil satu kesukaan terhadap bas kerana ia menghangatkan seperti kehangatan rumah hijau apabila waktu panas terik. Dan yang begitu relaksnya, kucing itu dalam perjalanannya dia sering tertidur di celah - celah para penumpang.
Puan Jeanes, memberitahu kepada The Telegraph:
"Kami berpindah di sini 19 bulan dahulu dan rumah kami di belakang stesen bas."
"Dia seekor kucing jantan lama dan sangat mesra. Kali pertama Dodger tetap pergi ke stesen bas kerana orang di sana bagi makanan yang cebis - cebisan."
"Tetapi dia mula memanjat masuk ke dalam bas."
"Kemudian minggu lepas saya dapat tahu dia telah mengembara ke Charmouth dan kembali, iaitu perjalanan pergi balik 10 batu."
"Saya tidak jumpa dia di pagi hari itu sehinggalah anak perempuan saya, Emily memberitahu salah satu dari rakannya baru saja melihat dia di dalam bas di Charmouth."
"Saya tidak percaya dan agak panik. Saya masuk ke dalam kereta saya dan terus mencarinya, kemudian pada ketika itu bas berhenti di stesen bas yang berhampiran dengan rumah kami itu dan turunnya Dodger dari bas itu."
"Petang itu, saya melihat Dodger menaiki bas yang lain dan saya bergegas memberitahu kepada pemandu bas itu."
"Saya terkejut apabila pemandu bas itu memberitahu saya, Dodger sentiasa di sini dan suka duduk di tempat duduk kerana kehangatan tempat duduk yang sudah diduduk orang."
"Pemandu membelikan makanan kucing untuknya dan dia duduk di atas riba orang."
"Kadang-kadang dia hanya duduk di tengah jalan dan menunggu untuk bas muncul sebelum dia naik."
Dodger sekarang satu pandangan yang biasa terhadap penumpang bas tetap dan pemandu. Bagaimanapun , Puan Jeanes masih menerima beberapa panggilan seminggu daripada orang, tanyakan jika dia masih kehilangan kucing perang itu.
Firma bas ‘First’, sedar tentang pelanggan unik mereka dan tidak kisah langsung yang dia menaiki bas. Namun begitu, seorang jurucakap bagi syarikat itu berkata mereka tidak giat menggalakkannya.
Katanya: "Pemandu telah diminta agar tidak memberi makanan kepadanya kerana kami mengiktiraf bahawa kucing mempunyai seorang pemilik dan kami tidak mahu melemahkan semangat dia pulang untuk makanan dan perlindungan, tetapi pada prinsip kami tidak ada masalah dengan dia berada di sekitar stesen bas."
Rujukan:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan