Jumaat, 15 April 2016

Rupa sebenar Stone Head di Easter Island


Di sebuah pulau bernama Easter Island, ada ukiran kepala patung yang agak popular dengan jolokan nama Stone Head. Apa yang menarik, ramai pelukis membayangkan susuk tubuh Stone Head yang perkasa dan macho tetapi sebenarnya tidak.







Ilutrasi yang viral di internet, ia juga digunakan dalam video klip untuk tujuan hiburan semata-mata. Dari sini, boleh dilihat sejauh mana imaginasi pelukis membayangkan susuk tubuh Stone Head.





Rupa sebenar Stone Head yang popular, ada lagi rupa lain sebenarnya tapi ukiran ini lebih popular. Mungkin sebab nampak segak, entah, KK pun tak tahu.






Inilah rupa sebenar tubuh Stone Head, nampak pelik sikit sebab kepala lagi besar daripada tubuh. Tapi kalau korang tengok dengan teliti, ukirannya dibuat seolah patung ini duduk di atas kakinya sendiri.

Dalam kalangan ahli arkeologi, Stone Head dipanggil moai. Sebanyak 887 patung telah didokumenkan tetapi ahli arkeologi berpendapat ada lebih kurang 1000 patung menurut laporan artnet.







Saiz Stone Head yang pelbagai. Dikatakan juga setiap Stone Head ada balang atas kepala mereka pada asalnya tetapi hari ini cuma sebilangan saja yang ada. 




Lokasi kedudukan Stone Head dijumpai, kalau tengok ia macam susunan pagar . Tapi tak siapa tahu apa fungsinya. Bahkan, ada pelukis cuba menggambarkan bagaimana suasana pada tahun tersebut. Ahli arkeologi berpendapat patung ini dibuat pada tahun 1100 hingga 1680 menggunakan ketulan batu gunung berapi.




Ilustrasi pelukis menggambarkan Stone Head dengan balang di atasnya. Sebahagian darinya tidak mempunyai balang dipercayai tidak diletak atas faktor tertentu, menurut pelukis. 






Walaupun tidak diketahui tentang fungsi patung ini melainkan sebagai berhala, ia menakjubkan kerana mustahil ukiran sebegitu boleh dicapai lagi-lagi dengan kedudukan pulau Easter yang jauh dari tanah besar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...