Khamis, 2 Jun 2016

Tun Ling Liong Sik : Perdana Menteri Malaysia Bangsa Cina Yang Pertama

Kita semua kenal dengan 6 Perdana Menteri yang mencorakkan negara ini bermula dengan Tunku Abdul Rahman hinggalah kepada Dato' Seri Najib, Peradana Menteri Malaysia kita kini. Tapi KK jamin, ramai yang tak tahu terutamanya generasi muda macam KK pasal Perdana Menteri Cina yang pertama.

Tun Ling Liong Sik


Beliau ialah Tun Ling Liong Sik, lelaki berbangsa Cina yang pernah memegang jawatan Presiden MCA. Tapi macam mana dia boleh jadi Perdana Menteri padahal undang-undang Malaysia mengatakan yang jawatan tersebut hanyalah untuk orang Melayu? Ada kisah yang menarik di sebaliknya.

Untuk itu, kita kena kembali ke tahun 1988, zaman di mana riwayat parti perjuangan kemerdekaan ditamatkan oleh Mahkamah Agung iaitu UMNO. Seperti yang kita sedia maklum, negara kita diterajui oleh Barisan Nasional yang dipimpin oleh parti UMNO. Apabila riwayat parti UMNO dibubarkan, secara tidak langsung negara kita mempunyai kekosongan jawatan Perdana Menteri.

Perdana menteri keempat, Tun Dr. Mahathir

Kejadian ini berlaku pada era pemerintahan Tun Dr. Mahathir, yang pada masa itu baru saja bergelar Perdana Menteri. Demi memastikan ekonomi negara Malaysia tidak terjejas, beliau telah meminta Tun Ling Liong Sik, Presiden MCA ketika itu untuk mengisi kekosongan jawatan Perdana Menteri.

Bagi korang yang kurang jelas, biar KK terang balik. Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri di bawah parti UMNO, bila parti UMNO dibubarkan, secara tidak langsung kelayakan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri hilang serta-merta. Sebab tak nak bagi negara ni kucar-kacir, Tun Mahathir mintak Tun Ling Liong Sik naik jadi Perdana Menteri sekejap sementara tunggu hal berkaitan UMNO selesai.

KK tak tahu berapa lama Tun Ling Liong Sik jadi Perdana Menteri, ada sumber yang kata ia berterusan selama beberapa hari, ada juga yang mengatakan hanya dalam lingkungan beberapa puluh minit. Yang ni, mungkin KK kena rujuk orang lama sebab KK pun tak lahir lagi masa ni.

Bila UMNO Baru ditubuhkan, jawatan Perdana Menteri tadi diberikan balik kepada Tun Mahathir. Malangnya, kelayakan Tun Ling Liong Sik sebagai Perdana Menteri tidak diperakui kerana tidak mendapat perlantikan watikah oleh Yang Di-Pertuan Agung ketika itu.

Namun begitu, sejarah telah tercatat bahwa negara kita pernah diperintah oleh Orang Cina sebagai pengganti sementara. Ia juga membuktikan pentingnya perpaduan antara kita sebagai kaum berbilang bangsa. KK terbayang, Tun Ling Liong Sik tu sebenarnya boleh je nak bolot jawatan Perdana Menteri tapi beliau tak lakukannya.

Kesan daripada kebijaksanaan Tun Mahathir dalam bertindak pantas dan sikap perpaduan Tun Ling Liong Sik, negara kita dapat diselamatkan daripada kekecohan yang bakal tiba. Bahkan, perkembangan negara kita makin pesat membangun selepas peristiwa tersebut.

Jadi, inilah dia, kisah dua orang pemimpin yang jarang diceritakan pada orang ramai. Ia bukan kisah dongeng apatah lagi mitos, tetapi ia merupakan salah satu key point penting yang menentukan hala tuju negara kita pada hari ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...