Rabu, 4 Mei 2016

Jepun Cipta Ubat Kentut Wangi

Sebut saja tentang kentut, semua orang tahu akan aromanya yang berbau busuk tidak kira siapa pemiliknya. Ini bermakna, walaupun muka anda setampan Nabi Yusuf atau secantik Emma Watson (KK peminat Emma, jangan jeles), kentut anda tetap berbau busuk. Apatah lagi kalau anda jenis yang gemar makan telur kuning rebus ataupun petai belacan, memang nak kena cover.

perisa vanilla


Di sini, sebuah syarikat farmasi dari Jepun yang bernama Tsuitachi Pharmaceuticals telah mengambil inisiatif untuk menawarkan penyelesaian dengan menghasil Nonara, ubat kentut wangi. Dengan perkataan No (tidak) yang diambil dari jepun dan Onara (kentut) dalam bahasa Jepun, maka terhasil lah Nonara.

perisa ceri


Menurut maklumat yang diperolehi daripada rocketnews24, Nonara terdiri dalam dua perisa iaitu ceri (kotak pink) dan juga vanilla (kotak biru). Setiap kotak mengandungi 7 kapsul, dengan pengambilan sehari sebiji. Ia juga ditujukan khas untuk golongan perempuan yang bekerja, mungkin lelaki tak perlu sangat pil ni kut.

Kalau korang nak tahu, pil ni sekarang dijual di Jepun dengan harga sebanyak 401 yen @ USD 3.50 @ RM 14.06 (4/5/2016). KK tak pasti kalau kat Malaysia dah ada ke belum, tapi kalau korang ada jumpa, tag la KK ye, nak tahu jugak kentut ni boleh wangi ke tak :P 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...