Di seluruh dunia, terdapat satu nama kampung yang paling panjang namanya dan tempat itu dijadikan sebagai tempat pelancongan bagi para pelancong kerana namanya yang terlalu panjang hinggakan nama ini diguna untuk lagu, filem, dan kata laluan.
Nama: Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch. (58 huruf)
Berbelit - belit lidah kita nak membacakan? Hahaha....KK pun cuba nak baca nama ni tapi memang susah. Nama ini dari bahasa Wales(Welsh). Kalau anda cari di Google Map pun ia akan tulis nama panjang - panjang ni. Nama Kampung ini terletak di pulau Anglesey, Wales, United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland.
Maksud nama kampung ni "Saint Mary's Church in the hollow of white hazel near a rapid whirrlpool and Church of Saint Tysilio near the red cave."
Asal nama Llanfair Pwllgwyngyll atau Llanfairpwllgwyngyll kemudian nama itu dipanjangkan pada abad yang ke-19. Persoalannya macam aklau mereka nak hantar atau pos ke kampung tu? Untuk nak letak alamat bagi kamupung itu ia ditulis "Llanfairpwll" atau "Llanfair PG".
Mengenai demografi, menurut bancian British 2001 perkampungan Llanfairpwllgwyngyll mempunyai jumlah penduduk sebanyak 3,040 penduduk tetap yang mana 76% adalah penduduk yang fasih berbahasa Wales(Welsh), bahasa Celtic yang dituturkan oleh kira-kira 750,000 orang-orang native seluruh dunia. Menurut banci 2011, penduduk perkampungan itu telah meningkat kepada 3,107 penduduk tetapi peratusan mereka yang bercakap Wales menurun daripada 76% kepada 70%.
Popularnya nama ini kerana:
- Namanya paling terpanjang.
- Band Wales(Welsh) panggil debut mereka Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyndrobwllantysiliogogogochynygofod (in space).
- Nama lagu "Red Cave" dari Rock band Yeasayer merujukkan pada nama kampung mereka.
- Game komputer "Civillivation V" mendapat anugerah "Longest. Name. Ever." Pencapaian Steam (Achievement) kepada pemain bagi memberi nama bandar itu Llanfairpwllgwyngyll.
- Pelakon Naomi Watts pernah tinggal di kampung dengan datuknya. Watts dan Taron Egerton, yang turut mengalami tahun zaman kanak-kanaknya di kampung itu, kedua - dua muncul di perbualan lewat malam U.S. persembahan di mana mereka mengumumkan nama rumah mereka.
(Copy nama tu dan paste kat google translate, ambil bahasa Welsh dan dengar bagaimana sebutannya).
Rujukan:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan