Inilah Mary Shaw kalau dalam cerita Dead Silence tu |
Mary Shaw merupakan seorang artis atau dikenali sebagai "ventriloquist" di mana tugasnya adalah memberi atau mengeluarkan suara yang digunakan oleh satu patung atau dikenali sebagai "dummy".
Mary Shaw bersama Billy |
Ini dikatakan Mary Shaw's poem |
Apa kisahnya?
Ada satu pekan yang bernama Ravens Fair dan di pekan itu juga ada sebuah bangunan teater lama iaitu Guignol Theatre. Pada tahun 1941, malam itu ada persembahan di mana Mary Shaw merupakan seorang ventriloquist dan mempunyai satu patung bernama Billy. Semasa persembahannya, ada seorang budak telah mengejek dengan mengatakan bahawa dia nampak bibir mulut Mary Shaw bergerak apabila patung itu bercakap.
Beberapa minggu kemudian, budak itu dikatakan hilang dan pihak keluarganya mempercayai yang Mary Shaw ni lah suspek utama nya. (Dah macam polis) Tidak lama selepas itu, Mary Shaw dipercayai dibunuh.
Menurut sesetengah cerita lagenda, Mary Shaw dipaksa untuk menjerit dan lidahnya dipotong/dicabut bagi mendiamkan ventriloquist ini untuk selamanya.
Dalam wasiat Mary Shaw, diberitahu bahawa dia perlu ditanam bersama patung-patung nya yang lain iaitu sebanyak 101 patung. Haaaa banyak tak banyak!
Koleksi 101 patung Mary Shaw |
Setelah masa berlalu, Mary Shaw kembali untuk membalas dendam terhadap orang yang terlibat dalam pembunuhannya. Semua yang dibunuh olehnya dijumpai dalam keadaan tiada lidah. Perkara ini berlarutan kepada keturunan orang yang membunuh Mary Shaw.
Walaubagaimanapun, di pekan itu, tiada orang yang berani menyebut nama "Mary Shaw" apatah lagi mahu pergi dekat dengan kuburnya. Mereka tahu bahawa dia tidak akan berhenti membunuh sehingga masih ada orang yang menjerit.
p/s: KK dah tengok cerita Dead Silence ni. Best! Pengarahnya ialah James Wan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan