Selasa, 31 Mei 2016

Nasib Anak Ayam Jantan

Semua orang suka makan telur dengan cara mereka yang tersendiri, sorry vegan, artikel ni bukan untuk anda. Dengan sebiji telur ayam, banyak jenis hidangan yang kita boleh buat dari sarapan pagi hinggalah ke makan malam. Tapi malangnya, tak semua perkara berkaitan telur adalah indah belaka.



Di negara luar, kebanyakan anak ayam jantan dimatikan dengan cara dikisar dalam mesin (KK tak tau apa dorang buat dengan hasil kisaran tu), diberi gas beracun (obviously nak bunuh) dan dibuang (biasanya tong sampah). Bagi mereka, cara ini telah dilakukan sejak industri telur ayam wujud lagi.

Di UK, anak ayam jantan biasanya dimatikan dengan gas beracun 15 minit selepas mereka lahir dengan alasan mereka lambat membesar dan tak sesuai untuk daging ayam atas faktor saiz badan mereka yang kecil. Dengan prinsip ini, lebih 40,000 anak ayam dibunuh setiap hari. Bahkan, ada yang mengatakan ia lebih lagi dari kiraan ini.




Kalau korang dah rasa cuak, biar KK tenangkan korang balik. Negara kita ialah negara yang bermoral, jadi insiden macam ni tak dilakukan oleh semua penternak telur ayam (ada juga, tapi alternatid selalu ada). Sebagai contoh, anak ayam jantan biasanya dijual kepada kaki sabung ayam (biasanya di sempadan Thailand) dengan harga RM2 seekor (paling murah KK pernah jumpa ialah RM1).


Ada yang menjadikan anak ayam ini sebagai permainan kanak-kanak, walaupun tak berapa popular sekarang tapi ia cukup popular dalam era 90an gitu. Tapi yang paling umum dilakukan pada ayam jantan ialah mereka dijadikan daging ayam kampung, cara terakhir untuk mereka membesar dan hidup lama sedikit.

Mujurlah ayam kampung mendapat permintaan yang agak tinggi walaupun agak mahal, nasib anak ayam jantan ini terpelihara. Namun begitu, kekejaman yang dilakukan terhadap anak ayam jantan yang lain tetap berleluasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...