Isnin, 30 Mei 2016

AIR TERJUN MANGKUK TANDAS-PELIK TAPI BENAR

Di bandar Foshan di tengah wilayah Guangdong, China terdapat sebuah tempat yang menarik.KK pun tak percaya,tapi selepas membuat sedikit penyelidikan.Ia memang betul-betul wujud.

Sebuah arca yang dibina daripada daripada mangkuk-mangkuk tandas dan sinki yang dibuang oleh kilang serta sumbangan daripada penduduk setempat.Tak sangka pulak mangkuk tandas yang diorang taknak pakai  menjadi sebuah arca yang menarik perhatian masyarakat.Popular mangkuk tandas tu ye...Siapa sangka hahahahah.

Jadi siapa yang berhajat nak buang mangkuk tandas,tangguh dulu hajat tuh nanti kita buat kat Malaysia satu.





Di situ,kita boleh menyaksikan penghasilan sebuah air terjun yang dibina menggunakan lebih 10,000 singki dan mangkuk tandas yang dibina pada dinding sepanjang 100 meter dan kira-kira 5 meter tinggi.

Pada asalnya air terjun ini direka untuk Pottery and Porcelain Festival yang diadakan di Foshan pada tahun 2009 iaitu sebuah festival perdagangan yang diadakan di bandar tersebut.



Oleh sebab arca itu dilihat gempak maka ia telah dibina secara kekal sebagai lambang sebuah karya seni umum. Malah, ia adalah salah satu karya seni yang sangat mengagumkan dan boleh ditemui di Taman Shiwan.

Air terjun ini telah dicipta oleh seorang artis China, Shu Yong yang telah membinanya bersama pasukannya yang lain. Mereka mengambil masa kira-kira 2 bulan untuk membinanya.

SHU YONG-CHINA ARTIST
Mangkuk tandas dan sinki diletakkan dengan rapat antara satu sama lain supaya ia dapat mengalirkan air dan membentuk air terjun.KK terfikir juga,bukan senang nak buat arca nih.Perlukan kesungguhan dan semangat yang tinggi.Tahniah kepada Shu Yong.


Nanti pergi ke Guangdong jangan lupa pergi tengok arca nih,selfie sekali,KK nak tengok.
Persoalannya korang sanggup ke pergi cuci tangan kat situ,bergambar sambil main air pastu penat-penat basuh muka.Pergh,segar!!!

KK tak sanggup,heheheheheh

Sumber:Tempat menarik di China



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...