Khamis, 26 Mei 2016

Strawberry Pucat Jepun Yang Berharga RM40 Sebiji

Bagi yang pernah pergi ke Cameron Highlands, korang pasti dah biasa dengan strawberry kecil molek yang masam masam manis kan? Lepas tu kalau korang beli sebekas mesti harga dalam lingkungan RM10 gitu. KK tak tau lah kalau sejak ada gst ni harga dah naik lagi :P

Strawberry Shiroi Houseki
Macam yang korang tengok dekat gambar atas ni, saiz strawberry tu besar giler! Macam pegang bola lisut pun ada KK tengok. Nama strawberry tu macam yang korang tengok yang bawa maksud Jewel. 

Strawberry Jewel ni jenis kacukan dan ia merupakan baka strawberry yang buahnya besar. Ada strawberry yang warna putih kemerahan dan ada juga yang kecik molek macam strawberry biasa.

Macam mana situasi ni boleh berlaku?


Di negara 4 musim seperti Jepun, strawberry akan lambat masak (bertukar warna merah) sekiranya tiba musim salji kerana ketiadaan cahaya mentari dan haba yang secukupnya nak 'goreng' buah ni.

Kesannya, strawberry jenis pucat ni lebih manis (ada yang langsung takder rasa masam) tetapi agak kurang crunchy kata sesetengah orang. KK pun tak sure sangat sebab strawberry jenis ni tak dieksport jauh ke negara tropika macam kita atas faktor risau ter'masak'.


Kalau korang dah sangap sangat, korang boleh la pergi ke Jepun atau mana-mana negara 4 musim. Lagi digalakkan pergi waktu salji sebab time tu buah ni paling manis. 

KK tak tahu negara barat buat apa dengan buah ni tapi dekat Jepun, buah strawberry pucat dijual sebagai hadiah untuk orang atau juadah istimewa. KK dapat tahu rasanya sangat manis untuk dimakan macam makan sebekas strawberry Cameron Highlands so hati2 la eh :P

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...