Sebagaimana tajuk yang pilu, begitu jugalah kisah ini, jujur KK katakan yang KK rasa sebak giler dengar dia tulis. Dengan setiap detailnye ada, ia mengingatkan KK pada kekejaman yang dilakukan oleh orang-orang sebelum ini. Korang bacalah sendiri kisahnya.
Kucing yang menjadi mangsa |
22/5/16: KAU BUNUH KUCING2 AKU!
semalam, peristiwa yang pahit untuk kami sekeluarga terima. Jiran kami sendiri telah memberi racun untuk membunuh kucing2 kami. Bukan seekor tapi 3 ekor! Caranya mudah, cuma letakkan ikan bilis yang telah ditaburkan serbuk warna biru (racun) di dalam plastik, kemudian dibiarkan terdedah di luar pagar rumah.
Plastik biru yang dimaksudkan |
Pada awalnya kami cuma tersedar seekor saja yang tiba2 berbuih mulut. Kami syak mungkin termakan tikus atau binatang lain yang berbisa. Tak lama lepas tu, seekor lagi berbuih mulut nya. Ok, kami yakin ini memang diracun! Terus pergi rumah jiran tersebut, sah memang ada 'umpan'. Masa yang sama jugak seekor lagi kucing kami tengah elok makan umpan tu. Kami bawak kucing tu balik, dan bagi nya minum air kelapa. Namun tak lama lepas tu mulutnya pula berbuih.
Ya Allah, betapa pilunya hati kami melihat seekor demi seekor mengerang kesakitan dan mati didepan mata kami sekeluarga. Kami cuma mampu memberi air kelapa, air arang, air tanah dan air garam sebagai penawar. Kucing2 kami cuma mampu bertahan sekejap sahaja, kerana racun tersebut terlalu kuat. Kucing2 kami tak mampu untuk bersuara, hanya gelisah meronta menahan sakit. Namun dari pandangan matanya kami tahu mereka meminta tolong. Beratnya derita yang dilalui. Kalaulah penderitaan itu dapat kami tanggung Ya Allah...
lebih menyedihkan bila mengenangkan kucing kami yang baru saja melahirkan anaknya minggu lepas, dan seekor lagi sedang bunting dan menunggu masa untuk beranak. Semuanya pergi sekelip mata. Kau memang kejam jiran!
tahukah anda hukuman diakhirat kelak? Sekiranya anda tidak tahu, perlu kah anda berniat jahat terhadap haiwan?
Memang aku benci kau jiran! Macam mana kucing2 aku terseksa, moga kamu rasa balasan yang setimpal. Allah maha adil.
KK rasa korang faham maksud dia ni |
Yang ni KK tak tau apa dia |
Lagi nak bagi korang nampak rumah jirannya |
Pada penduduk TAMAN BATU GAJAH PERDANA, PUSING, PERAK sila berjaga jaga dengan manusia seperti ini. Mereka tidak berperikemanusiaan kerana mereka lebih teruk dari binatang!
KK tak tahu apa yang ada dalam hati manusia macam ni, tapi perbuatan macam ni memang menyusahkan dan dikeji. Entah macam manalah datang semangat yang bagai nak rak tu untuk menda macam ni +_+
Tiada ulasan:
Catat Ulasan