Isnin, 13 Jun 2016

Cerpen Seram | Tegur - Nabil Razin

Walaupun orang cakap bulan Ramadhan ni, syaitan kena kurung ke apa ke. Tapi, KK masih nak kongsi cerita seram ni. Bila KK baca, KK pun ada rasa seramnya. Tahniah kepada penulisnya! 





" Salam, Along, Ucu dah meninggal baru kejap tadi sebelum subuh"


Makngah memberitahu kepada ayah yang paksu baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pagi tersebut. Kami bergegas menyiapkan barang dan terus berangkat ke kampung untuk membantu keluarga menguruskan jenazah, Maklumlah, keluarga ayah tidaklah begitu besar cuma ada tiga beradik, datuk dan nenek.


Perjalanan mengambil masa 2 jam kerana waktu tersebut sedang cuti sekolah, jadi perjalanan kami agak lancar. Setibanya kami di
kampung, kelihatan van jenazah berselisihan dengan kereta kami sewaktu menuju ke rumah Paksu.


"Assalamualaikum!" Ayah memberi salam setibanya kami di rumah arwah paksu.
Kelihatan orang kampung masih belum datang lagi untuk melawat jenazah paksu. Kelihatan pintu dapur dibuka..

"Waalaikumsalam!, ha, Along, meh la masuk!" Jawab makngah.

Kami masuk melalui pintu dapur dan meletakkan barang di bilik yang berdekatan dengan dapur. Kelihatan lauk pauk sedang di sediakan, mungkin untuk kenduri tahlil selepas selesai kebumikan jenazah paksu.

"kalian makan la dulu, Makngah nak siapkan lauk-lauk ni" Kata makngah. Rumah paksu agak suram dek kerana waktu hidupnya, paksu adalah seorang bomoh yang agak terkenal di kampung tersebut. Selesai menjamah makanan yang di hidangkan,Ayah meminta diri untuk
membersihkan diri dahulu sebelum pergi ke ruang tamu untuk melihat jenazah paksu. Aku duduk di tingkap kayu untuk mengambil sedikit
udara segar kampung yang belum di cemari dengan bau-bauan asap kenderaan seperti di Kuala Lumpur. Sedang aku mengelamun menikmati udara segar..

" Safwan!!"

Kedengaran suara yang seakan ku kenal memanggil ku dari ruang tamu. Aku pun bergegas terus ke ruang tamu. Sampai di ruang tamu, kelihatan tilam sudah siap di hamparkan, tetapi jenazah paksu masih tiada dan keadaan ruang tamu masih kosong dan tiada sesiapa.

" Kamu tengok apa tu safwan"

"EH? Ayah macam mana ayah boleh ada dekat sini, bukan ayah mandi ke tadi" Tanya ku pelik.

"Ayah dari tadi duduk dekat ruang tamu berborak dengan Makngah" Kata ayah sambil menuding jari kearah balkoni, Dan Makngah ada di situ!.

"Habis tu, siapa yang dekat dapur tengah masak" tanyaku lagi.

Aku terus menuju ke dapur untuk melihat siapa yang di dapur.Rupanya, makngah masih memasak di dapur dan aku cuba menoleh
ke ruang tamu tersebut, Dan, ruang tamu gelap! Aku merapati makngah yang sedang memasak.

"Makngah, makngah ada pergi depan ke tadi?" Tanyaku pelik " Makngah dari tadi dekat dapur ni wan" Jawab makngah

Aku yang masih terpinga-pinga terus masuk ke dalam bilik dan
kelihatan ayah sudah bersiap berpakaian kemas baju melayu.

"Ha wan, siap lah, kita bacakan yassin" Kata ayah sambil senyum.

"Okey ayah" Jawabku kebingungan.

Aku terus mencapai tuala mandi dan terus menuju ke dapur untuk mandi. Sampai di dapur, kelihatan tandas masih digunakan..." makngah, siapa kat dalam tandas?"

" Ayah kamu lah, lama sungguh dia mandi" Jawab makngah bersahaja.

Aku yang semakin bingung dengan keadaan yang terjadi, tiba-tiba, ada seorang perempuan lengkap berbaju kurung menyapa aku..

"Wan, kamu tak mandi lagi ke cepat lah orang dah ramai nak siapkan jenazah paksu kamu"

" Eh, makngah! bukan makngah tengah memasak ke?" tanyaku sambil mulut terketar-ketar.

" Ape kamu cakap ni? dah cepat mandi, bilik air kosong tu" kata makngah sambil muncungkan mulut kearah tandas.

Akupun yang masih kebingungan dan ketakutan menoleh ke tandas, Dan rupanya tandas tersebut kosong dan pintu terbuka luas! Waktu
itu, Darah seakan tidak mengalir di dalam badan aku. Aku pun makin
bingung..

"ah! apa nak jadi, jadilah, aku nak mandi" Bisik hatiku memberanikan diri.

Selesai mempersiapkan diri, aku terus keruang tamu dan bacakan Yassin untuk arwah paksu, kelihatan juga makngah dan ayah sedang bacakan yassin untuk Paksu. Balang kaca berisi beras diikat dengan cebisan kain putih di letakkan di luar rumah untuk orang memberi sedekah, Sedang kami semua bacakan Yassin..

"TANG!!"
bunyi seakan duit syiling di masukkan kedalam bekas kaca diluar.

"Eh, siapa yang baling-baling duit tu?" Tegur makngah perlahan.

Selepas makngah menegur,Tiba-tiba surah yassin yang berada ditangannya di lemparkan dan makngah terus meracau seakan di rasuk. Ayah mendapatkan makngah, Kelihatan mulut ayah kumat-kamit membacakan surah-surah dan di hembuskan ke muka makngah dan makngah terus rebah tidak sedarkan diri.

"Wan, cepat tolong ayah angkat makngah pergi belakang" suruh ayah

Kami berdua mengangkat makngah dan bawa kedapur. Sampai di ruangan dapur, Ayah meminta aku untuk menyediakan segelas air dan ayah membacakan ayat Al-Quran ke air tersebut dan renjis ke muka makngah. Sedang ayah merenjis ke muka makngah. Mata makngah terbuntang luas dan terus menjerit seakan kepanasan. Dalam keadaan yang pantas, makngah terus bangun dan duduk bersila betul-betul berhadapan dengan ayah.

Ada benda yang sudah merasuki badan makngah, Ayah masih meneruskan bacaannya. Tiba-tiba, makngah merenung tajam ke arah ayah sambil mukanya senyum menyeringai..

"SHHHHHH!!!" makngah menyuruh ayah diam sambil merapatkan mukanya ke muka ayah.

Sekarang jarak antara muka makngah dan ayah cuma sejengkal, Ayah masih terkumat-kamit membacakan ayat Al-Quran. Perlahan-lahan makngah mengalihkan mukanya kearah tepi telinga ayah..

"Kau ingat aku takut?HAHAHAHAHAHA! BODOHH!!" Jerit makngah betul di tepi telinga ayah.

"Kenapa kau kacau kakak aku ha setan?" tanya ayah mencabar.

"Kakak kau bodoh! aku yang ketuk balang kaca, kakak kau orang pertama yang tegur bunyi tu!!" Jerit makngah.

"Aku tak izinkan kau duduk di tubuh kakak aku wahai jin laknatullah!"

"Aku dah berjanji, siapa yang menegur bunyi tersebut, aku akan kacau!!" jawab makngah.

Tanpa melengahkan waktu, Ayah menyuruhku untuk cari beberapa butir lada hitam. Ayah menarik kaki makngah dan letakkan biji lada hitam di antara jari kaki makngah dan menekannya.

"AARGHHH! SAKITLAH BODOHH!"

"Kalau kau berkeras! aku akan seksa kau lebih teruk, Keluar sekarangg!" Tegas ayah dan terus menekan lebih kuat.

" ARRGHHH!!! BAIKLAHHHH!! AKU KELUARR!!!"

"Kau keluar sekarang, ALLAHUAKBAR!!"

Kelihatan makngah tidak sedarkan diri, Ayah membiarkan makngah rehat di dapur dan keadaan kembali pulih. Kami pun terus menguruskan jenazah paksu tersebut.

Segala berjalan dengan lancar sekali dan pada malam tersebut kami mengadakan tahlil. Tentang apa yang terjadi pada makngah adalah kerana makngah menegur bunyi syiling yang di baling di dalam balang kaca tersebut. Pada malam selesai pengkebumian paksu, kami mengira duit yang disedekahkan orang ramai di balang kaca itu..

"Eh, tak ada duit syiling pun," Bisik ayah sendiri.

Kami beranggapan, bunyi tersebut cuma helah jin yang cuba mengganggu untuk memperlambatkan proses urusan jenazah paksu. Sehingga kini cerita itu tidak lagi di sebut-sebut..

TAMAT.
Nabil Razin


Sumber : Misteri Alam De Paranormal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...