Isnin, 13 Jun 2016

Tak Perlu Buang Silica Gel & Ketahui Kegunaan Silica Gel

Silica Gel
Silica gel mengandungi bahan seperti silicon dioxide, di mana korang tak boleh makan benda tu. Silica gel bertindak sebagai pengering atau bahan yang menyerap kelembapan yang berfungsi untuk mengelakkan barang menjadi busuk atau rosak. Ia mempunyai ukuran pori kira-kira 2,4 nanometer dan mempunyai pertalian yang kuat untuk molekul air.

Apa jadi jika kita tersalah tertelan silica gel ni?
Kita akan mengalami mata kering, sakit peruh, gatal-gatal dll. Mungkin ada penjelasan yang lebih saintifik dan jelas terhadap apa yang jadi dekat orang yang tertelan silica gel ni. Tapi, apa yang KK boleh bagitahu, silica gel ni memang merbahaya dan janganlah makan. Pergi makan nasi lagi baik, kan? hehehehe




Korang tahu tak, walaupun ada keburukan bagi silica gel ni, yet silica gel juga ada kebaikannya dalam menjaga keadaan barang seperti kasut, beg, baju dan lain-lain. Walaupun dekat paket silica gel tu tulis "THROW AWAY" tapi korang still boleh kumpul banyak-banyak dan guna kan mende ni ke arah kebaikan dari segi fungsinya.

KK nak kongsikan beberapa perkara tentang kegunaan Silica Gel ni:

1. Letakkan ke dalam beg sukan atau beg gym 
   Bagi orang yang suka bersukan dan pergi ke gym, silica gel ni sangat berguna. Sebabnya adalah, ia mampu menyerap kelembapan dan juga dapat melindungi kasut anda. Ia juga dapat mengurangkan bau busuk yang datang daripada kasut atau stokin yang korang letak dalam beg tu.

2. Letakkan di antara tuala
   Tujuannya adalah untuk mengelakkan tuala menjadi lembap dan berbau busuk.

3. Boleh membuatkan alat cukur(razor) anda tahan lama
   Caranya adalah dengan meletakkan razor dan beberapa paket silica gel ke dalam plastik. Ia boleh mebuatkan razor anda tahan lama. Daripada korang letak dalam bilik mandi, takut jadi berkarat pulak.

4. Boleh selamatkan gambar-gambar lama
   Walaupun zaman sekarang ni, ramai orang simpan gambar dalam drive,dropbox atau cloud dll. Macam mana pun, gambar yang di print atas photo paper atau glossy paper masih laku nak nak kalau gambar-gambar lama dari segi tahunnya. Memori tu penting! Caranya adalah dengan meletakkan gambar-gambar lama ke dalam kotak bersama dengan beberapa paket silica gel.



Sumber : HealthyFoodQuotes


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...