Khamis, 2 Jun 2016

GORILLA DI CINCINNATI ZOO MANGSA KECUAIAN IBU BAPA

Cincinnati Zoo,US 29 Mei 2016
Berlakunya sebuah peristiwa yang menyedihkan apabila seekor Gorilla yang diberi nama Harambe terpaksa ditembak akibat dari kecuaian ibu bapa tidak menjaga anak mereka dengan baik.

Kejadian berlaku dimana seorang kanak-kanak lelaki telah terjatuh kedalam kawasan Gorilla yang mempunyai ketinggian 15 kaki.Oleh kerana risau akan keadaan kanak-kanak tersebut yang diheret oleh Harambe didalam air.Pihak zoo terpaksa mengambil keputusan untuk menembaknya.

Saat Getir Harambe dan Mangsa


Ada beberapa pihak yang menyoalkan kenapa tidak diberikan ubat pelali kepada Harambi.Pihak zoo,berkata jika tembakan ubat pelali dilakukan ia akan mengambil masa 10 minit untuk dirasai oleh Harambe.Dalam tempoh tersebut boleh menyebabkan Harambe bertindak lebih agresif.


Penjaga Harambe berasa amat sedih

Jenny Stones merupakan penjaga Harambe sejak dari kecil lagi berasa kepergian Gorilla itu seperti dia kehilangan ahli keluarganya sendiri.Dia menceritakan bahawa Harambe seekor Gorilla yang amat baik sejak kecil lagi dan pengurusannya juga senang.Namun begitu,keadaan yang getir itu memaksa pihak zoo untuk  menamatkan riwayat Harambe demi keselamatan kanak-kanak tersebut.




Tindakan tegas oleh pihak berkuasa

Pihak berkuasa di Cincinnati membuat siasatan terperinci mengenai punca kematian Harambe adakah berpunca daripada kecuaian ibubapa mangsa atau berpunca dari kesilapan pengurusan pihak zoo.


Ramai masyarakat di seluruh dunia menyuarakan perasaan tidak puas hati akan keputusan pihak zoo yang menembak Gorilla tersebut dan menyifatkan kes ini adalah akibat dari kecuaian dari ibu bapa mangsa.Ibu kepada mangsa tampil menegaskan bahawa dia menjaga anaknya dengan baik sekali dan pihak zoo pula mempertahankan diri atas kes menembak Gorilla tersebut adalah demi menjaga keselamatan kanak-kanak tersebut.
Mangsa bersama Ayahnya.

Kesimpulan yang boleh KK bagi adalah,ibu bapa seharusnya prihatin dan peka terhadap pergerakan anak-anak tidak semestinya dalam situasi seperti ini malah perlu juga mengambil tahu apa yang mereka lakukan dan kemanakah mereka pergi.

Untuk melihat video mengenai penjelasan kes ini klik sini

Sumber:Metro.co.uk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...