Sabtu, 4 Jun 2016

MAKSIMUM KELAJUAN HAIWAN MENCECAH 300KM/JAM

Salah satu kehebatan seseekor haiwan adalah mempunyai kelebihan dari segi tahap kelajuan sehingga mencecah 300 kilometer/sejam.Jika dibanding dengan manusia hanyalah mempunyai kelajuan maksimum 40 kilometer/sejam,iaitu Usain Bolt.Agak-agak kelajuan kita berada pada tahap mana?Kalau KK,rasanya 30 kilometer/sejam pun tak sampai.

Berikut adalah antara senarai haiwan yang terpantas didunia.



HAIWAN DARAT

Cheetah-120 kilometer/jam
  • Cheetah Acinonyx jubatus adalah binatang terpantas di dunia di atas darat.
  • Digelar sebagai mesin pembunuh hidup paling berkesan.
  • Dalam jarak 460 meter ia boleh memecut sehingga 120 km/jam
  • Memecut sehingga 110 km/jam dalam masa 3 saat.
  • Aktiviti memburu biasanya dilakukan pada sebelah siang(awal pagi&petang)
  • Jangka hidup 10 hingga 15 tahun.
Cheetah Acinonyx jubatus

Antelope-80 kilometer/jam
  • Haiwan darat kedua terpantas diatas dunia.
  • Kelajuannya memberi kelebihan untuk melarikan diri daripada pemangsa
  • Mempunyai daya pecutan yang lama kerana mempunyai saiz paru-paru dan jantung yang besar
Antelope
 Singa-80 kilometer/jam
  • Singa dikenali sebagai raja kepada semua haiwan pemburu.
  • Kehebatannya bukan terletak pada kelajuannya tetapi kebijaksanaan mengatur strategi.
  • Biasanya singa betina akan menyerang mangsa secara berkumpulan dan singa jantan akan melaksanakan tugasnya sebagai penamat riwayat mangsa tersebut.
  • Kelajuan singan jantan dalam keadaan agresif lebih laju iaitu mencecah 80 km/jam  



 Rusa Thompson-75 kilometer/jam
  • Dinamai Thompson kerana ditemui oleh Joseph Thompson.
  • Diakui sebagai rusa terbaik dari segi fizikal,kecerdikan berbanding rusa lain.
  • Kelincahannya dapat membantu dirinya lari dari musuh utama Cheetah.
  • Daya pecutan yang lama dan pergerakkkan "zig zag" membingungkan pemangsa.

Rusa Thompson


 Quaters Horse-85.5 kilometer/jam
  • Dikenali sebagai quater kerana dia boleh memecut 25 meter lebih daripada kuda lain dalam jarak 100 meter.
  • Merupakan kuda yang mempunyai daya pecutan terbaik dalam jarak pendek.
  • Hampir 3 juta kuda ini telah didaftarkan di United States.
  • Digunakan untuk bekerja di kebun,perlumbaan kuda,pertunjukkan hari-hari rasmi.
 
HAIWAN AIR

Sailfish-110 kilometer/jam
  • Dikenali sebagai  Istiophorus albicans @ Sailfish Atlantik
  • Sailfish Atlantik ditemui di Lautan Atlantik dan Laut Caribbean.
  • Berat maksimum adalah sekitar 220 paun iaitu 100 kg, panjang hingga 124 inci iaitu 340 cm.
  • Jangka hidupnya dalam masa 10 tahun
  • Haiwan ini mendapat gelaran daripada siripnya yang menakjubkan
 
 Sailfish Atlantik



HAIWAN UDARA

 Peregrine Falcon-300 kilometer/jam
  • Merupakan spesies daripada burung helang yang dikenali sebagai Peregrine Falcon
  • Diiktiraf sebagai haiwan burng terpantas dan haiwan terpantas diatas dunia
  • Kelajuan ketika memecut turun untuk menerkam mangsa ialah 300 km/jam
  • Panjang badan 34 hingga 58cm, lebar sayap 80 hingga 120cm
  • Jangka hayat dalam lingkungan 5 hingga 15 tahun.
  • Habitatnya adalah kawasan bandar,kawasan tropika,gurun dan tundra.
 
Peregrine Falcon Eagle


Terima kasih kerana sudi melawat blog kami.Teruskan follow kami untuk fakta yang lebih manarik
LIKE FB PAGE: KENTANG KACANG.COM 

 Disediakan Oleh:Rahim
 Sumber:National Geographic Article dan Haiwan terpantas didunia.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...