Bagi yang belum tahu apa itu The Good Country, ketahuilah korang bahwa dalang kepada perbadanan ini diusahakan dengan tujuan nak menyedarkan negara-negara yang rasa diri dorang ni bagus sangat walhal ada lagi negara yang lagi bagus dan better dari dorang, itu apa yang Mr.K dapat rumuskan.
Jadi korang mesti tertanya kan macam mana dorang nilaikan setiap negara ni padahal nak dapatkan kerjasama dari setiap negara sangat susah. Dorang cuma gunakan data antarabangsa yang dah sedia ada dari Persatuan Bangsa Bersatu (PBB), Bank Dunia dan beberapa organisasi antarabangsa yang lain.
Macam mana dorang kira? Senang je. Dorang tengok sumbangan kita pada dunia berapa banyak berdasarkan data yang dorang ada. KEsemua sumbangan tadi dibahagikan kepada 7 bahagian utama iaitu :
1. Sumbangan kepada teknologi dan sains
Merangkumi bilangan pelajar foreigner dekat negara tu, Nobel prizes, Jumlah patent yang dihasilkan & jurnal antarabangsa.
2. Sumbangan kepada Masyarakat
Yang ni berdasarkan jumlah barang dagangan dieksport dan kebebasan keluar masuk negara tu (Korea Utara mungkin tak berapa bertuah dengan kategori ni)
3. Sumbangan kepada Keselamatan & Keamanan Antarabangsa
Dikira mengikut jumlah askar pengaman yang dihantar (masa zaman Tun M, banyak askar pengaman dihantar), konflik negara (macam Malaysia dengan Indon), jumlah senjata dieksport & keselamatan internet.
4. Sumbangan kepada World Order
Diukur dari sudut kebajikan, menerima atau menghasilkan pelarian, kadar kelahiran & perjanjian aman PBB.
5. Sumbangan kepada Planet dan Alam
Dilihat dari segi penghutanan semula, hutan simpan, senarai eksport bahan kimia berbahaya, lapisan ozon dan penghasilan karbon dioksida di negara tersebut.
6. Sumbangan kepada Kekayaan dan Konsep Sama Rata (Equality)
Konsep Open Trading (bagi pelabur luar masuk), wakil PBB yang yang wujud, saiz ekonomi dalam dagangan dunia & kadar pembangunan.
7. Sumbangan kepada Kesihatan & Kesejahteraan
Kadar bantuan makanan, perubatan, sukarelawan dan kadar kesihatan antarabangsa.
Dari 7 kategori tu, maka dorang combine nak tengok negara mana yang palik banyak beri sumbangan dan negara mana yang paling sedikit beri sumbangan. Hasilnya, Malaysia kini berada di tangga ke 46.
Bagi Mr.K, senarai yang dorang buat ni nak ukur sikap murah hati sesebuah negara dekat negara lain jer dan memang tu matlamat dorang. Ia bukan bertujuan nak lihat keadaan dalaman negara tersebut. Pendek cerita, walaupun negara korang durjana macam mana pun tapi kalau ia tetap bagi sumbangan, ia tetap akan jadi The Good Country.
Sumber : https://goodcountry.org/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan