Khamis, 9 Jun 2016

Perkara Yang Kita Tidak Tahu Mengenai Malaysia

Hakikatnya,banyak perkara yang kita tidak tahu mengenai kehebatan  Malaysia yang kita tidak akan dapati di negara lain.Adakah anda tahu apakah kehebatan tersebut?Jom kita sama-sama terokai dan mengkajinya untuk menambah pengetahuan am kita.





STESEN KERETAPI KL DIBINA UNTUK TAHAN SALJI

Stesen keretapi Kuala Lumpur dibina untuk menahan musim sejuk hingga tahap kedalam salji setebal 2 kaki.Platform juga telah dibina dengan tinggi serta bumbung diatas platform juga dibina khas untuk menampung berat salji maksimum 2 kaki.

Mengapa ia dibina dengan binaan tahan salji sedangkan Malaysia bukanlah negara yang beriklim sejuk?Stesen ini dibina pada zaman pemerintahan british di Tanah Melayu.Arthur Bennison merupakan seorang arkitek yang merangka binaan stesen Keretapi Kuala Lumpur.Beliau juga merupakan bekas Briged General British pada perang dunia yang pertama,dan beliau telah menetapkan untuk membuat struktur bangunan mengikut piawaian British.

Seni bina seperti ini,kita juga dapat lihat pada struktur binaan Masjid Jamek yang menyerupai binaan "Standard British".


KUALA LUMPUR PUSAT PANAHAN PETIR TERBANYAK DIDUNIA

Kuala Lumpur merupakan ibukota  yang menerima panahan petir yang paling tinggi didunia.Dianggarkan dalam setahun lebih dari 200 hari ribut petir berlaku di Kuala Lumpur berbanding negara lain yang hanya menerima panahan sekitar 20 hingga 10 hari setahun.

Ini terjadi kerana faktor geografi Malaysia yang beriklim  tropika Khatulistiwa.Kuala Lumpur terlettak berhampiran dengan garisan Khatulistiwa,yang merupakan tempat yang banyak terjadi ribut petir.

Oleh sebab itu,didalam sistem rekaan Menara Berkembar Petronas telah direka khas untuk mengalirkan cas elektrik yang terhasil kebumi.



JAMBATAN GANTUNG TERTINGGI DIDUNIA ADALAH DI MALAYSIA

Jabatan gantung tertinggi didunia terletak di Gunung Kinabalu yang setinggi 4095 meter iaitu 10 kali ganda lebih tinggi dari Menara Berkembar Petronas dan lebih kurang separuh ketinggian dari Gunung Everest.

Jabatan gantung ini dipasang pada ketinggian tepat pada 3600 meter dari aras laut.Kita perlu mendaki ke kem Laban Rata pada ketinggian 3200 meter dari aras laut.Di sana,kita perlu melalui jalan Via Ferrata iaitu sistem jalan besi terlindung merupakan teknologi itali yang dipasang dilereng Gunung Kinabalu sebelum sampai ke jambatan gantung tersebut.Jambatan itu hanya mempunyai kepanjangan sejauh 25 meter sahaja.


TANAH PERKUBURAN UNTUK HAIWAN PELIHARAAN

Nirvana Memorial Park Semenyih,ada disediakan tanah perkuburan untuk haiwan peliharaan yang seperti kucing dan anjing.Setakat ini hanya 50 slot sahaja mempunyai penghuni dan majoritinya adalah anjing.Walaubagaimanapun,hampir 300 slot sudah ditempah atau dijual kepada pelanggan mungkin sebagai persediaan.

Harga untuk sesebuah slot itu mencecah RM 4800 ,termasuk kos proses pengebumian.





ROUNDABOUT TERBESAR DIDUNIA
 


Persiaran Jalan Sultan Slahuddin Abdul Aziz Shah,Putrajaya adalah jalan bulatan roundabout yang terbesar didunia,kira-kira 3.4 kilometer panjangnya.

Sistem roundabout ini dibina ketika zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir,iaitu selepas beliau mendapat ilham ketika membuat lawatan di Paris dan melihat bulatan Avenue Des Champ Elysees semasa perarakan peringatan hari Bastile.

Hasil dari ilham tersebut makan terciptalah sebuah roundabout yang terbesar didunia yang mempunyai 15 jalan keluar masuk dan mampu menampung perarakan semasa Hari Kemerdekaan.



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...