Walaupun anda tidak pernah menjejakkan kaki ke negara Jepun, anda semestinya pernah mendengar teknologi bullet train di Jepun atau lebih dikenali sebagai Shinkansen.
Shinkansen menjadi mod pengangkutan pilihan rakyat Jepun untuk travel kerana kelajuannya dan faktor masa di mana Shinkansen tidak pernah lewat sampai ke destinasi. Ianya sangat reliable sehinggakan penduduk Jepun tidak perlu menaiki kenderaan sendiri untuk ke tempat kerja.
Shinkansen bukanlah sistem keretapi baru kerana ianya sudah beroperasi sejak October 1964 lagi bagi laluan Tokyo – Osaka . Sistem bullet train ini memulakan servisnya tepat pada masanya kerana pada tahun 1964, Jepun adalah tuan rumah bagi sukan Olimpik. Jadi dengan kepakaran lebih 50 tahun, boleh dikatakan negara Jepun adalah pioneer kepada teknologi bullet train ini.