Isnin, 25 April 2016

Melayu Pecah Patung Kuil Kena Karma

Di Ipoh, seorang lelaki Melayu telah bertindak di luar batasan dengan memecahkan patung agama di kuil Sri Muniswarar Amman sebelum melarikan diri dengan kereta Proton Iriz berwarna hijau. Dikatakan, saat dia memecahkan patung-patung tersebut, dia melaungkan kalimah 'Laillahaillahu' menurut seorang saksi yang merupakan sami di kuil tersebut.



Suspek yang telah ditangkap


Malang baginya apabila kereta yang dipandunya terbabas dan merempuh sebuah perhentian bas. Suspek kini berjaya ditahan oleh pihak polis dan sedang disiasat. Pihak polis sedang cuba memastikan samada dia mengalami masalah mental atau pun tidak.  

KK tak tau nak cakap macam mana tapi ramai jugakla orang India kata dia ni dah kena instant karma. Sebab lepas dia pecahkan patung tu dia terus accident, mujur tak mati jer.


Kereta yang suspek pandu, kalau korang perasan ada bendera terpasang. Kata orang dia mungkin terlibat dengan organisasi bahaya
Instant karma



KK rasa korang pun akan cakap ni instant karma kan? Lepas KK usha komen-komen kat FB KK dapat tau suspek ni 'usha' satu patung yang sangat bahaya. Patung tu diberi nama Mr. Saturday oleh si pengkomen yang berkaum India.


Ini patung yang dikatakan memberi instant karma, memang kaw2 kena hentak tu





Kesan daripada perbuatan tak bertanggungjawab pemuda Melayu tadi, ramai wakil Melayu memohon maaf bagi pihaknya termasuklah abangnya sekali yang mengatakan adiknya sakit mental.



KK tengok dalam gambar yang diambik takderlah banyak sangat patung yang pecah tapi bagi mereka, ia mesti membawa erti besar. KK pun jamin yang orang Melayu pun mesti sentap tahap dewa kalau ada orang buat Quran macam ni.










Bernama pun ada buat liputan jugak pasal kejadian ni, korang boleh usha teks Bernama kat bawah ni :

"Lelaki pecah patung di Kuil dipercayai sakit mental
Ipoh – Lelaki yang memecahkan patung di sebuah kuil di Jalan Hospital di sini dipercayai mempunyai masalah mental, kata Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong.
Beliau berkata polis yang berjaya menahan suspek berumur 29 tahun itu tidak lama selepas kejadian itu sedang mengaturkan supaya dia menjalani pemeriksaan kesihatan mental.

Katanya polis menasihati orang ramai supaya tidak menjadikan insiden yang berlaku kira-kira 5.10 petang semalam itu sebagai isu perkauman.

“Jika terbukti dia tidak siuman, maka apa yang dilakukannya itu adalah di luar kawalan, bukan niat untuk menghina sebarang agama,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau keadaan di kuil Sree Muneeswarar Amman Kovil itu lewat Ahad malam.

“Semasa kejadian hanya terdapat seorang sami di kuil berkenaan yang juga merupakan saksi kejadian,” katanya.
Sum berkata suspek masuk ke kawasan kuil itu dengan sebuah kereta sebelum memecahkan patung berkenaan dengan sebilah parang.
Katanya selepas merosakkan patung berkenaan, suspek melarikan diri ke Jalan Ghazali Jawi dengan memandu kereta secara melawan arus dan terbabas lalu melanggar sebuah perhentian bas sebelum ditahan polis.
Ketika ditanya sama ada suspek yang difahamkan pernah menuntut di Mesir mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Daesh, katanya buat masa ini polis tiada maklumat mengenai perkara itu, namun akan menyiasat secara terperinci. – Bernama"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...