Dalam era pasca moden, buku kebanyakan diperbuat dari campuran bahan kimia yang moden. Ada juga yang mengekalkan kaedah lama dengan menggunakan kulit kayu (KK tak tahu sangat pasal ni, tapi dengar macam susah nak buat). Apa yang menarik, sekitar abad ke-17, penggunaan kulit manusia sebagai bahan untuk buat kulit buku dianggap popular.
Wajah manusia pada kulit buku |
Pertama sekali, jangan percaya dengan gambar dekat atas ni, tu cuma gambar yang KK ambik dari designer creepy, Ed Gein. KK terjumpa masa tengah search gambar buku kulit manusia. Sorry hampakan korang, tapi KK tak nak bagi maklumat salah. Hahaha.
Okay, balik pada topik tadi, istilah Anthropodermic Bibliopegy sebenarnya nama proses membuat buku menggunakan kulit manusia sebagai cover buku. Seram, tapi itu realitinya.
Buku kulit manusia yang dijumpai di universiti Harvard |
Bagi yang mengikuti page KK sebelum ni, korang mesti pernah terbaca pasal buku kulit manusia di Harvard. Bagi yang belum pernah, biar KK cerita sikit, ada satu buku lama dekat Harvard ni describe kulit buku ni diperbuat daripada kulit manusia.
Cerita pasal kulit buku manusia dekat Harvard sangat popular sampaikan dorang test sendiri samada buku tu betul-betul buat dari kulit manusia atau sebaliknya. Apa yang dorang dapat memang kelakar, rupa-rupanya buku tersebut ialah prank dari orang zaman dulu sebab bila dibuat test, dorang dapat tahu kulit yang digunakan ialah campuran anak biri dan babi.
Tapi, dalam terkena prank tu dorang secara tak sengaja terjumpa buku kulit manusia yang real. Dalam banyak2 buku lama yang dorang test tu, ada satu buku yang memang diperbuat dari kulit manusia. KK nak tahu apa isi kandungan buku tu tapi dorang tak nak cerita, dan samada buku tu still ada kat Harvard pun tak pasti.
Bila dorang lihat balik, buku-buku kulit manusia ni memang popular masa abad 17. Tak banyak yang KK dapat cari macam mana buku ni boleh jadi popular tetapi ramai mengatakan ia amat popular masa Revolusi Perancis sebab masa tu nak dapat kulit manusia sangat mudah.
Salah satu gambar Revolusi Perancis |
Nanti bila KK ada masa, KK cerita pulak pasal Revolusi Perancis ni. Berbalik pada cerita kita, kesan dari trend tersebut yang popular pada abad ke 17, banyak kulit buku prank terhasil. Tak kurang juga kulit buku manusia yang real, tapi kebanyakannya KK tengok dibuat oleh penjenayah.
Ada jugak yang bagi kulit dorang untuk dijadikan memori, tak tahu macam mana dorang boleh terfikir sampai macam tu sekali. Tak kurang jugak ada doktor yang ada fetish macam ni. Sumpah, KK dah betul-betul pelik bila baca pasal dorang.
Apapun, ini membuktikan zaman dulu agak angker jugak dengan menghasilkan buku macam ni. Harap-harap zaman sekarang tak buat macam ni dah.
Ada jugak yang bagi kulit dorang untuk dijadikan memori, tak tahu macam mana dorang boleh terfikir sampai macam tu sekali. Tak kurang jugak ada doktor yang ada fetish macam ni. Sumpah, KK dah betul-betul pelik bila baca pasal dorang.
Apapun, ini membuktikan zaman dulu agak angker jugak dengan menghasilkan buku macam ni. Harap-harap zaman sekarang tak buat macam ni dah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan