Di sebuah pulau berhampiran Mexico, ada sebuah pulau yang diberi nama Pulau Patung atau nama mexiconya, La Isla de las Muñecas. Di pulau ini, ada ribuan patung pelbagai jenis yang telah diletakkan oleh seorang pertapa, Julian Santana Barrera.
Kisahnya bermula lebih kurang pada tahun 1950an, Julian mengambil keputusan untuk bertapa di sebuah pulau kecil kerana tak berapa gemar dengan suasana padat. Kalau korang perasan, starting dia dah macam sirah nabi Muhammad S.A.W. tapi bukan. Hasilnya adalah sesuatu yang sangat bertentangan.
Masa Julian bertapa, dia ada ternampak jasad seorang budak perempuan terapung di atas permukaan air dengan wajahnya menghadap ke dasar. Dekat sini ada dua kisah, ada yang kata jasad yang Julian nampak tu cuma mimpi ngeri sewaktu dia bertapa, dikatakan penduduk kampung memang dah tahu ada budak mati dekat pulau tu. Tapi ada yang kata mayat tu memang Julian jumpa, dikatakan yang Julian siap tanam budak tu tapi tak nak beritahu dekat mana kubur budak tu.
Itu okay lagi, keadaan makin keruh bila Julian mula dengar suara di persekitaran tempat dia bertapa. Julian sangkakan roh budak tu tak tenang, jadi dia gantung satu patung dekat situ. Menurut kepercayaannya (sesetengah artikel cakap tu kepercayaan penduduk setempat), patung boleh halau semangat jahat. Disebabkan roh ni budak, boleh fahamlah kenapa Julian guna patung kanak-kanak.
Patung di merata-rata |
Semasa hidupnya, Julian memberitahu yang pulau ini bukannya pulau perlancongan tapi apakan daya. Beberapa tahun selepas kematian Julian (2001), kerajaan Mexico mengambil keputusan untuk menjadikan pulau tersebut sebagai salah satu destinasi melancong.
Dipersetujui oleh anak saudaranya, pulau tersebut dibuka kepada umum dengan pemantauan anak saudaranya itu. Namun, setelah kematian Julian, pulau kecil tersebut tetap dikatakan berhantu bukan saja sebab koleksi patung yang seram tetapi suara yang masih berlegar di situ. Ada juga yang kata mereka seolah diperhatikan oleh anak patung yang berada di situ.
Korang mesti tertanya macam mana Julian boleh buat semua ni tanpa bantahan orang kampung, cuba bayangkan kalau ni jadi kat Malaysia, tak sampai seminggu semua tok bomoh turun kononnya nak hapuskan bala. Jangankan seminggu, sehari pun dah boleh jalan.
Okay, berbalik pada cerita kita. Julian ni masa zaman mudanya amat pandai bercucuk tanam. Dengan tanah yang ada dekat pulau tu, dia usahakan dengan pelbagai jenis sayuran. Dari situlah orang kampung tak anggap Julian ni gila, bahkan dorang siap ber-sistem barter lagi dengan Julian.
Nak ber-barter dengan Julian ni mudah je, bagi anak patung. Tak kisah apa jenis saiz, Julian sanggup menerimanya. Julian ada juga menerima wang dan bahan mentah lain atas tukaran sayurnya tapi anak patung yang diutamakannya, dari situlah dia dapat modal nak kumpul anak patung.
Kematian Julian pun dikira aneh, sebab ia langsung tak masuk akal. Kisahnya bermula di satu hari di mana anak saudara Julian datang memancing di pinggir pulau bersama dengannya. Mr. K tak pasti dorang ni memang selalu memancing ke tak tapi satu yang pasti, anak saudara Julian blah sekejap sebab nak tanam labu dan bila dia balik semula, Julian dah pun lemas.
Apa yang sangat musykil, ialah posisi kematian Julian. Semasa dijumpai, mayat Julian berada dalam posisi yang sama masa gadis kecil tu mati lebih 50 tahun lepas. Bila di buat selidikan, doktor kata ia disebabkan kegagalan jantung. Tapi ramai orang kampung percaya Julian ditarik oleh roh gadis itu ke dalam air. Maybe budak tu kesian tengok Julian selalu menyendiri.
Apapun, pulau tu masih lagi ada sekarang dan kalau korang nak pergi agak susah jugak sebab tak ramai tourist guider yang sudi bawak pergi ke situ atas faktor yang ketara.
-ditaip oleh : Mr. K-
Julian dengan patungnya |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan