Perodua bakal melancarkan sebuah sedan pertama
mereka pada 21 Julai ini yang dikenali sebagai Bezza. Sebelum ini
beberapa gambar Bezza telah viral di media sosial. Di sini saya
kongsikan info yang dikupas dari beberapa blogger yang telah dipilih
untuk pandu uji Perodua Bezza.
Lokasi pandu uji model Bezza ialah di litar pandu uji Perodua yang baru
siap dibina. Ia merupakan litar yang lengkap dengan selekoh panjang,
cerun bukit dan permukaan-permukaan khas (berbatu, bergelombang,
berlubang dan sebagainya).
Ramai juga yang tertanya kenapa model ini langsung tidak pernah dijumpai
di mana-mana lokasi dan jalan raya umum sepertimana ujian yang
dilakukan oleh Proton? Menurut pihak Perodua, Bezza dibangunkan di
fasiliti rakan kongsinya di Jepun. Oleh sebab itu, Perodua mampu
berahsia mengenai model ini. Ia mula hadir di Malaysia apabila Perodua
sudah mula membinanya di kilang mereka di Sungai Choh itu.
Model Bezza ini tidak diambil dari mana-mana model Daihatsu atau Toyota,
ia dibangunkan di atas platform Axia dan rekabentuk badan dan ruang
kabin direka oleh Perodua sendiri. Ini ialah model pertama Perodua
menggunakan kepakaran rekabentuk tempatan secara seratus peratus.
Perodua Bezza hadir dengan 3 variant Standard G 1.0 vvt-i, Premium X 1.3
dual vvt-i, Advance 1.3 dual vvt-i. Semua model dilengkapi ABS, EBD,
BA, Ruang bonet yang besar, 508 liter. Model advance pula dilengkapi VSC
(Vehicle Stability Control). Selain itu ia turut mendapat pengiktirafan
5 bintang oleh Asean ANCAP.
Dari segi harga pula, kami menjangkakan ia mungkin sekitar RM30 ribu
hingga RM50 ribu. ini kerana mungkin faktor kereta tersebut diiktiraf
sebagai EEV yang akan mendapat pelepasan cukai oleh kerajaan. Ia juga
mendapat 5 tahun waranti oleh Perodua.
Ia juga kemungkinan besar akan diambil oleh Daihatsu untuk pasaran
negara Asean, menjadi satu kebanggaan kerana Jepun mengambil model
tempatan untuk dipasarkan dengan nama mereka. Perodua Bezza ini bakal
mencabar sedan kecil yang lain seperti Saga dan Attrage di pasaran
tempatan.
Sumber dari: My kereta info
Tiada ulasan:
Catat Ulasan