Matahari istiwa di atas Kaabah adalah fenomena apabila Matahari berada tepat di atas titik zenit Kaabah. Fenomena ini juga dipanggil sebagai Istiwa A'zam. Bayang-bayang objek di mana-mana tempat di Bumi yang menerima cahaya Matahari ketika Istiwa A'zam boleh menjadi panduan arah kiblat. Ini disebabkan pada ketika itu bayang-bayang objek yang tegak akan menghala ke arah Kaabah.
Fenomena Istiwa’ a’zam (أعظام (merupakan fenomena dimana kedudukan Matahari berada tepat di titik zenith (atas) kaabah.
Fenomena ini akan berlaku sebanyak 2 kali dalam setahun apabila nilai altitud matahari berada tepat dengan kedudukan latitude kedudukan kaabah.Justeru itu bayang-bayang objek yang berada di mana-mana tempat akan menghala ke arah kaabah. Ini merupakan kaedah asas falak dalam menentukan arah kiblat di sesuatu tempat di muka bumi.
Di Malaysia, bayang-bayang objek di negara ini akan menghala kearah Kaabah pada pukul 5:16 petang pada 28 Mei manakala 5:28 petang pada 16 Julai setiap tahun. Oleh itu semua umat Islam khususnya di Malaysia digalakkan untuk menyemak semula arah kiblat di tempat kediaman dan tempat ibadah masing-masing bagi menentu dan mengesahkan ketepatan arah kiblat yang sebenar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan